Topik diikuti
Pergi ke BHkuKerajaan M'sia menang rayuan berkaitan kes 1MDB

Kerajaan M'sia menang rayuan berkaitan kes 1MDB
PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia telah berjaya dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah London untuk menangguhkan cabaran undang-undang bagi membatalkan satu keputusan persetujuan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan dua syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan kembali AS$3.5 bilion ($4.7 bilion).
Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkata Mahkamah Rayuan di London meminda keputusan Mahkamah Tinggi England, yang telah menghentikan permohonan mahkamah oleh 1MDB dan MKD untuk mengetepikan satu keputusan persetujuan yang dibuat oleh pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan entiti Abu Dhabi - Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) dan Aabar Investments PJS.