Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan perpaduan yang diterajui akan beri keutamaan pada soal ekonomi

Nov 24, 2022 | 11:03 PM



PERDANA Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Khamis (24 Nov) menekan bahawa kerajaan perpaduan yang diterajui akan memberi keutamaan pada soal ekonomi - isu kos sara hidup untuk melindungi kebajikan rakyat biasa.


Beliau juga menegaskan bahawa hak majoriti Melayu, bumiputera dan agama Islam rasmi Malaysia akan dilindungi, tetapi beliau juga akan mempertahankan hak semua kumpulan etnik dan wilayah Malaysia.


Dalam sidang akhbar pertamanya malam tadi selaku Perdana Menteri, beliau mengalu-alukan penyertaan semua pihak, dengan syarat peraturan asas tadbir urus yang baik, tiada rasuah, dan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia, diterima.


Dalam menangani perbezaan manifesto pelbagai parti dalam kerajaan perpaduan itu, Datuk Seri Anwar berkata beliau tidak akan berkompromi dalam isu teras termasuk kebebasan kehakiman.


Dalam sidang itu, Datuk Seri Anwar berkata akan ada dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dari wakil komponen kerajaan perpaduan - diisi oleh wakil daripada Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Beliau juga berkata kerajaannya bersedia menerima semua yang lain, dan mengajak Perikatan Nasional (PN) menyertai Kerajaan Perpaduan Nasional bagi mendukung kerajaan yang kukuh dan stabil sekarang.


Menjawab satu soalan, Datuk Seri Anwar menegaskan pendirian Pakatan Harapan (PH) untuk tidak melantik mana-mana Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah.


Dalam sidang itu, beliau membuat beberapa pengumuman.


Antaranya:

* menolak gaji Perdana Menteri seperti dijanjikan sebelum ini.

* Parlimen akan bersidang pada 19 Disember, dengan isu keabsahan kerajaan perpaduan itu antara yang akan dibincang supaya tidak timbul sebarang persoalan.

* Isnin 28 November diumumkan sebagai hari cuti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >