Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta api laju Saudi Haramain mula operasi

Hubungkan 5 kota, kurangkan masa perjalanan Makkah-Madinah kepada 2 jam dan Jeddah-Makkah 21 minit
Sep 30, 2018 | 05:30 AM



RIYADH: Raja Salman bagi Arab Saudi Selasa lalu melancarkan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Makkah dan Madinah, projek yang digambarkan oleh pegawai tempatan sebagai projek pengangkutan terbesar di rantau ini.



Sistem HSR Haramain itu akan membawa jemaah haji, serta pelawat biasa, melalui jarak 450 kilometer antara dua bandar suci tersebut melalui pelabuhan Laut Merah Jeddah dalam masa dua jam, kata Encik Mohammed Falaha, pengurus projek Haramain, kepada AFP.



Dengan kelajuan 300 kilometer sejam, ia menghubungkan stesen di Makkah, Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah (KAIA), Bandar Ekonomi Raja Abdullah (KAEC) di Rabigh, dan Madinah.



Sebanyak 35 kereta api penumpang digunakan dan akan mengurangkan masa perjalanan antara Makkah dan Madinah daripada enam kepada dua jam dan antara Jeddah dan Makkah cuma 21 minit.



Projek itu, yang beberapa kali tergendala, dibina dengan kos lebih AS$16 bilion ($21.9 bilion), menurut media Arab Saudi.



Pada 2011, kerajaan itu menandatangani satu perjanjian bagi sebuah konsortium Sepanyol membina landasan kereta api, membekalkan 35 kereta api berkelajuan tinggi dan mengendalikan kontrak penyenggaraan selama 12 tahun.



Arab Saudi sedang meningkatkan perbelanjaan prasarana dan memperluas rangkaian kereta apinya, termasuk rangkaian MRT menelan belanja AS$22.5 bilion yang sedang dibangunkan di ibu kota Riyadh, sedang ia berusaha mempelbagaikan ekonominya daripada bergantung pada minyak sahaja.



Musim haji September tahun depan dijangka menarik lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia ke Makkah dan Madinah.



Pelancaran Haramain oleh Raja Salman berlangsung di stesen Al-Sulaymaniyah di Jeddah dan berakhir dengan beliau menaiki kereta tersebut ke Madinah.



Agensi berita Arab Saudi Arab News melaporkan Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Dr Nabil Al- Amoudi, berkata dalam ucapannya: "Dua Tanah Suci ini kini sekarang dekat."



Menurutnya, Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengarahkan pelaksanaan projek itu bagi memenuhi pertumbuhan jumlah jemaah dan pelawat ke Makkah dan Madinah.



Projek Haramain selaras dengan Wawasan 2030 Arab Saudi, yang antara matlamat utamanya ialah meningkatkan jumlah jemaah dan pelawat ke Tanah Suci itu, katanya.



Pengangkutan tonggak utama ekonomi Arab Saudi dan pemacu ekonomi utama yang akan berlaku di bawah strategi Wawasan 2030, tambah Dr Al-Amoudi.



Encik Rumaih Al-Rumaih, pengerusi Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) dan pemangku presiden Saudi Railways Organization, berkata pengawasan projek itu memastikan kecekapan operasinya dan semua kemudahannya bermutu tertinggi.



"Kami bertekad memperkenalkan projek yang boleh dipercayai yang mencerminkan keprihatinan kerajaan Arab Saudi tentang jemaah haji dan pelawat Tanah Suci, serta rakyat dan penduduk Arab Saudi," katanya.



Encik Al-Rumaih memberitahu Arab News kereta api itu boleh membawa 60 juta penumpang setiap tahun menggunakan 35 kereta api itu, yang setiap satu mempunyai 417 tempat duduk.



Kereta api itu dilengkapi teknologi terkini bagi memastikan keselesaan dan keselamatan, katanya.



Mengenai penyertaan wanita dalam projek itu, Encik Al-Rumaih berkata kerajaan Arab Saudi sedang berusaha menyediakan pekerjaan bagi lelaki dan wanita muda.



"Wanita membentuk separuh daripada masyarakat dan kita boleh melihat mereka satu hari nanti memandu kereta api kita," katanya.



Projek itu melalui tiga peringkat sebelum akhirnya beroperasi.



Peringkat pertama, yang dijalankan oleh sebuah konsortium syarikat tempatan dan antarabangsa, bermula dengan pembinaan 130 jambatan dan 850 saluran air, iaitu proses melibatkan kira-kira 150 juta meter padu pasir dan batu dipindahkan untuk menyediakan laluan bagi kereta api tersebut.



Peringkat kedua melibatkan pembinaan empat stesen di Makkah, Jeddah, Rabigh dan Madinah. Pembinaan stesen kelima, di KAIA, ialah sebahagian daripada projek lapangan terbang itu.



Peringkat ketiga melibatkan pembinaan landasan kereta api dan mengimport sistem isyarat, kawalan, tiket dan telekomunikasi.



Menurut arabianbusiness.com, buat permulaan rangkaian itu akan beroperasi secara terhad dan lapan perjalanan sehari akan ditawarkan antara Makkah dan Madinah selama empat hari seminggu, pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.



Perkhidmatan tetap akan mula beroperasi bulan depan antara stesen Makkah, Madinah, Sulaymaniyah di Jeddah dan KAEC, sementara kereta api ke KAIA akan bermula sekitar pertengahan tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >