Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KEMALANGAN KERETA API DI PAKISTAN

Kereta api mulakan perjalanan walau ada masalah rangkaian gerabak: Siasatan

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



LAHORE (Pakistan): Sebuah kereta api yang tergelincir ke laluan kereta api penumpang lain yang datang dari arah bertentangan, memulakan perjalanannya walaupun ada masalah rangkaian gerabak, kata Menteri Kereta Api, Encik Azam Swati, kelmarin, sedang pihak berkuasa meneruskan siasatan punca nahas yang mengorbankan 63 orang itu.



Kereta api penumpang Sir Syed Express Isnin lalu merempuh gerabak kereta api Millat Express, yang beberapa minit sebelumnya tergelincir dari landasan berhampiran kawasan Daharki di wilayah Sindh.



Kemalangan itu menimbulkan semula perdebatan mengenai keadaan sistem pengangkutan awam Pakistan yang buruk - terutama rangkaian kereta api yang hanya membuat sedikit saja pelaburan dalam beberapa dekad.



"Sambungan di gerabak nombor 10 Millat Express rosak dan boltnya juga longgar menyebabkan (gerabak) tergelincir," kata Encik Swati di satu sidang media di Lahore.



Beliau menyalahkan kemalangan itu disebabkan keusangan dan kerosakan banyak stok kereta api - antaranya berusia lebih 50 tahun - dan meminta pelaburan besar-besaran dalam rangkaian kereta api untuk mengelak lebih banyak kemalangan kereta api di negara itu.



"Kami adalah negara miskin, bahkan tidak memiliki teknologi baru untuk memperbaharui gerabak," katanya sambil menambah, juruteknik masih menggunakan tukul.



Encik Swati berkata kira-kira 22 pegawai kanan dan rendah bertanggungjawab bagi satu rantaian kesalahan yang membawa kepada kemalangan itu dan akan "dikenakan tindakan".



Beliau menambah, kebanyakan korban berlaku akibat pelanggaran kereta api dan bukan kerana penggelinciran gerabak. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >