Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta elektrik polis hampir habis tenaga di California

Sep 26, 2019 | 06:20 PM



SAN FRANCISCO - Jabatan polis kawasan San Francisco berkata ia masih yakin dengan program perintisnya untuk menggunakan kereta rondaan elektrik Tesla, walaupun kenderaan itu dilaporkan kurang tenaga semasa satu kejaran.



East Bay Times melaporkan bahawa seorang pegawai police Fremont yang berada dalam kereta Tesla Model S, yang dibeli jabatan itu pada Mac lalu, terlibat dalam satu kejadian kejar-mengejar pada Jumaat (20 September). 



Pegawai itu memberitahu melalui alat komunikasi radio bahawa kereta elektrik itu memberi amaran bahawa kuasa bateri hanya mampu meneruskan perjalanan sepanjang sekitar 9.6 kilometer dan mungkin tidak boleh teruskan mengejar.



Jurucakap polis Fremont, Cik Geneva Bosques berkata Tesla tersebut tidak dicaj sepenuhnya apabila pegawai itu memulakan syifnya pada jam 2 petang dan kejadian mengejar itu bermula selepas11 malam.



“Kejadian ini tidak sama sekali menukar perasaan kami terhadap persembahan kenderaan ini untuk tujuan rondaan,” kata Cik Bosques.



“Pegawai tersebut memantau caj itu dan dengan tanggungjawab memberitahu semua orang tentang status bateri sewaktu mengejar sepanjang 16 kilometer itu,” kata Cik Bosques.



Menurut jabatan itu’ mereka mempunyai kenderaan polis yang lain di belakang Tesla untuk mengambil alih kejaran itu, dan California Highway Patrol juga sedang mengejar.



Kejaran itu kemudian dibatalkan, dan pasukan rondaan lebuh raya kemudian menjumpai kereta suspek ditinggalkan di San Jose.



Kereta itu dikehendaki atas hubungan dengan jenayah di Santa Clara dan waran jenayah telah dikeluarkan ke atas pemandu, yang masih belum ditemui, menurut NBC Bay Area.



Kejadian ini merupakan kali kedua Tesla terlibat dan “sejauh ini kereta itu melampaui jangkaan kami,” kata Cik Bosques.



“Kami masih dalam enam bulan pertama program perintis ini dan kami memantau kesemua data,” ujar Bosques. - NBC NEWS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >