Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Kerjasama Umno, PAS akan terbentuk' hampiri pilihan raya

Oct 14, 2017 | 05:30 AM



BALIK PULAU (Pulau Pinang): Perbalahan antara Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dijangka tidak berpanjangan lagi berikutan mempunyai matlamat sama dalam perjuangan politik masing-massing, menurut ketua penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.



Beliau berkata dengan jalinan persahabatan yang dapat dilihat pada masa ini, beliau meramalkan satu kerjasama akan terbentuk antara Umno dengan parti Islam itu.



Menurutnya, selain itu, dua parti itu mempunyai DNA sama dan itu akan membolehkan PAS dan Umno membentuk kerjasama.



"Kerjasama ini dilihat akan terbentuk dari masa ke masa kerana didapati kedua-dua parti mempunyai DNA yang sama. Walaupun PAS menjunjung ideologi dan cara yang berbeza, namun mereka mempunyai DNA dan matlamat yang sama dengan kita, iaitu memperjuangkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.



"Dahulu, kita lihat PAS dalam proses mencari perbezaan antara mereka dengan Umno. Akan tetapi, dengan pentadbiran baharu, di bawah pucuk kepimpinan PAS yang ada sekarang, mereka kini menunjukkan sedikit perubahan apabila mereka mula mencari titik kebersamaan itu," katanya kepada media.



Tan Sri Annuar berkata kerjasama yang diramalkan itu tidak bermaksud PAS akan menyertai Umno atau BN.



"Ramalan ini dilihat dari sudut matlamat dan titik kebersamaan, bukannya bermaksud PAS masuk Umno atau Umno masuk PAS. Tidak semestinya PAS menyertai BN. Apa yang penting, matlamat perjuangan. Atas dasar inilah yang menyebabkan saya meramalkan terbentuknya kerjasama yang lebih kukuh antara kedua-duanya dari masa ke semasa.



"Tunggulah, mungkin beberapa minggu atau bulan lagi, apabila pilihan raya makin dekat, saya percaya akan ada pengumuman yang akan menggembirakan rakyat, terutamanya orang Islam dan kaum Melayu.



"Selagi mana ada titik kebersamaan, kerjasama itu akan terbentuk," katanya.



Sementara itu bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, berpendapat kerjasama antara PAS dan Umno dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah, atau kesederhanaan.



Menurutnya, PAS dan Umno tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.



"Saya optimis kerjasama tersebut dapat menyatupadukan orang Melayu dan rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang aman damai. Saya masih berpegang kepada kaedah kerjasama itu untuk berbincang dan merancang masa depan politik dan melihat sesuatu demi kepentingan negara," katanya.



Katanya, perkembangan hari ini menyaksikan PAS yang dipimpin oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai nada berbeza dalam isu kerjasama PAS-Umno, berbanding kepimpinan sebelumnya, dan sudi membuka jalan perbincangan kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah.



"PAS tidak perlu sertai Umno dan sebaliknya. Tetapi apa yang penting kedua-dua parti perlu bekerjasama mencari formula terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak," katanya.



Namun setiausaha agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sejauh ini PAS hanya membenarkan perbincangan atau bekerjasama dengan BN dalam isu umum demi bangsa dan Islam.



"Itulah sebabnya dalam kes Rang Undang-undang (RUU) Persendirian 355 (hudud), kita menyokong kerajaan. Kerajaan, bukannya Umno," katanya.



Rang yang diusul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, itu dibentangkan di Dewan Rakyat, November tahun lalu



Datuk Takiyuddin berkata ketetapan Majlis Syura Ulama jelas bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan BN dan juga pakatan pembangkang, Pakatan Harapan.



"Tiada kerjasama (dengan Umno) sama sekali. Pada masa sama, keputusan kita juga tidak boleh ada apa-apa pakatan dengan Harapan. Ketetapan ini sangat mengikat kita.



"Jadi jawapan saya ialah tidak akan ada rundingan dengan BN bagi menghadapi PRU ke-14. Itu sangat pasti," katanya, yang juga anggota parlimen Kota Bharu. - Agensi berita.



"Tunggulah, mungkin beberapa minggu atau bulan lagi, apabila pilihan raya makin dekat, saya percaya akan ada pengumuman yang akan menggembirakan rakyat, terutamanya orang Islam dan kaum Melayu. Selagi mana ada titik kebersamaan, kerjasama itu akan terbentuk."
- Tan Sri Annuar Musa, ketua penerangan Umno.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >