Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PANDANGAN

Kerjasama Umno, PAS, Bersatu di Melaka masih jadi tanda tanya

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



UMNO, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai pendirian sama - tidak mahu Pakatan Harapan (PH) kembali semula memerintah Melaka.



Namun, adakah pendirian itu boleh diterjemahkan kepada kerjasama longgar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti demi orang Melayu dan agama Islam?



Walaupun Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bertegas dan nekad mahu partinya bertanding atas bendera Barisan Nasional (BN) secara solo pada PRN tersebut, kenyataan itu dianggap sebagai pandangan peribadinya.



Keputusan muktamad mengenai isu kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai seteru Umno iaitu Bersatu dan PAS hanya akan diputuskan melalui tiga peringkat iaitu Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan Mesyuarat Tertinggi BN.



Setakat ini ketiga-tiga pemimpin parti tersebut masih berteka-teki mengenai kerjasama tersebut dan dilihat pemimpin PAS dan Bersatu terbuka bekerjasama dengan Umno dengan mengambil pendirian sederhana selepas kenyataan Presiden Umno tersebut.



Bagi PAS yang mempunyai kepentingan dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN) dan rakan sekutu Bersatu dalam PN, kerjasama itu amat diperlukan kerana bukan saja tidak mahu PH menang tetapi tidak ingin melihat parti serpihannya, Amanah yang menganggotai PH menerajui tampuk pemerintahan Melaka sekali lagi.



PH sudah menamakan pengerusi Melaka, Encik Adly Zahari, dari Amanah sebagai calon ketua menteri sekiranya gabungan itu menang sekaligus memberi tamparan kepada PAS yang selama ini memperkecilkan kewibawaan parti serpihan itu dengan berbagai tohmahan bahawa Amanah adalah sebuah parti tajaan Parti Tindakan Demokratik (DAP).



Berikutan itu, ketiga-tiga parti Melayu Islam itu tidak mempunyai pilihan lain sekiranya ingin menang pada PRN tersebut hanya melalui kerjasama pemberian kerusi menerusi kekuatan masing-masing sekali gus mengelak pertembungan sesama parti Melayu tersebut.



Pada Pilihan Raya Umum (PRU)-14, PH menang 15 kerusi - (DAP lapan; Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga; Amanah dua dan Bersatu dua) manakala Umno/BN menang 13 kerusi.



Bagaimanapun, selepas berlaku pertukaran kerajaan persekutuan dari PH kepada PN, Melaka juga turut mengalami stituasi yang sama apabila Adun Bersatu keluar daripada PH dan diikuti masing-masing seorang Adun DAP serta PKR.



Melaka mempunyai 495,196 orang pengundi dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Umno yang menerajui kerajaan Melaka sejak kemerdekaan pada 1957, kalah pada PRU14 tetapi masih mengekalkan 13 kerusi DUN untuk pertama kalinya menjadi pembangkang.



Oleh itu, presiden Umno dan partinya akan terkesan sekiranya pendirian bergerak solo tidak membuahkan hasil sekali gus akan memberi tamparan hebat buat Datuk Ahmad Zahid selaku presiden parti.



Bagi presiden Umno itu, kekalahan pada PRN Melaka juga akan menyukarkan usaha beliau mempertahankan jawatan tertinggi Umno pada pemilihan parti dalam tempoh 14 bulan lagi.



Kemelut politik di Melaka ini banyak memberi impak kepada politik nasional terutama kepimpinan Umno yang dilihat masih berpuak-puak ditambah pula buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan parti tersebut seorang naib presiden dilantik sebagai PM dan bukannya presiden parti.



Bagi PH pula kemenangan gabungan tersebut tampak lebih cerah sekiranya BN dan PN gagal mencapai muafakat tidak bertembung sesama mereka pada PRN Melaka nanti.



Berdasarkan kepada pola pengundian lalu sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru kemenangan berpihak kepada pembangkang.



Ini disokong dengan jumlah pengundi pada PRU14 masih kekal dan kebanyakan mereka masih marah dengan Langkah Sheraton yang menumbangkan PH di pusat dan negeri. Lantas mereka mahu menolak golongan pengkhianat (lompat parti) sekali gus mengembalikan kuasa kepada PH.



Bagaimanapun, keyakinan kemenangan PH itu mungkin hanya atas kertas saja kerana sejak akhir-akhir ini timbul percanggahan pandangan mengenai isu penerimaan masuk empat mantan Adun kerajaan yang menarik sokongan terhadap kerajaan BN Melaka sehingga tumbangnya kerajaan pada 4 Oktober lepas.



Mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) kini tidak berparti disebu-sebut mahu bertanding semula di bawah naungan PH.



Bagaimanapun, penerimaan keempat-empat mantan Adun tersebut terutama Datuk Noor Affandi dan Datuk Norhizam dibantah keras oleh pemimpin PH terutama DAP dan PKR yang menganggap mereka sebahagian pengkhianat yang menjatuhkan kerajaan PH Melaka sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >