Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes 1MDB: Editor Sarawak Report tidak gentar ditangkap

Aug 05, 2015 | 04:30 PM



KUALA LUMPUR: Pengarang dan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown berkata beliau tidak gentar dengan tindakan polis Malaysia yang mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.


Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mengeluarkan waran tangkap dan mengharapkan bantuan Interpol menahan Cik Rewcastle-Brown, seorang warga Britain.


Namun beliau berkata tindakan pihak berkuasa itu "mengarut". "Saya menggeletar ni... sebenarnya tidak," katanya kepada The Malaysian Insider.


Katanya, tindakan pihak berkuasa Malaysia baru-baru ini membuatkannya menjadi perhatian media dan beliau tidak mungkin akan memuji Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kerana sebab itu.


Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Malaysia menuju ke arah menjadi "negara yang gagal".


"Jika mereka mahu jadikan Malaysia tergolong dalam kategori negara bermasalah, negara gagal, inilah laluan yang harus diambil," katanya.


Waran tangkap dikeluarkan kira-kira seminggu selepas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kerajaan Malaysia mungkin mengekstradisi Cik Rewcastle-Brown dari United Kingdom (UK).


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata Cik Rewcastle-Brown, yang berpangkalan di UK, akan disiasat di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan, berkaitan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >