Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes 1MDB: Najib mohon mahkamah AS bagi dapatkan dokumen untuk bela diri

Nov 19, 2020 | 05:30 AM



NEW YORK: Bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta mahkamah Amerika Syarikat agar membenarkan peguamnya mendapatkan dokumen dan keterangan daripada firma kewangan Goldman Sachs Group Inc untuk membantu pembelaannya berkaitan tuduhan jenayah di Malaysia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Dalam satu permohonan kelmarin di mahkamah persekutuan di Manhattan, Datuk Najib meminta satu perintah mahkamah yang akan mengizinkan peguamnya memberi sepina (mahkamah) kepada firma itu dan bekas ketua Asia Tenggara firma itu Tim Leissner.



Sebelum ini, Leissner telah pun mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di Brooklyn, New York, dan mengaku memberi rasuah kepada pegawai di Malaysia dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mendapatkan tawaran bon bagi pihak bank itu.



Goldman Sachs pula telah bersetuju membayar lebih AS$5 bilion ($6.71 bilion), termasuk denda AS$2.3 bilion di Amerika, dan mengemukakan pengakuan bersalah pertamanya berkaitan peranannya dalam skandal tersebut.



Jurucakap Goldman, Encik Andrew Williams, tidak segera menjawab e-mel yang meminta komen mengenai tindakan terbaru Datuk Najib.



Encik Henry Mazurek, seorang peguam Leissner, pula enggan memberi komen mengenai tindakan itu.



Datuk Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun di Malaysia pada Julai lalu berkaitan skandal itu, namun kini dibebaskan dengan ikat jamin dan sedang merayu ke atas keputusan itu.



Dalam permintaannya, beliau mengatakan Goldman dan Leissner mungkin mempunyai dokumen atau keterangan yang menunjukkan bahawa pegawai 1MDB terlibat dalam usaha menipu dana pelaburan milik negara itu, menerima sogokan atau rasuah, dan sekarang secara palsu menyalahkan beliau supaya mereka sendiri terlepas daripada sebarang kesalahan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >