KUALA LUMPUR - Polis tidak dapat mengenalpasti di mana beberapa individu yang disyaki terbabit dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berada.
Individu-individu itu adalah peniaga Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low; Casey Tang, Jasmine Loo, Nik Faisal Ariff Kamil dan Yusof Annuar Yaacob.
"Polis tidak dapat menjejaki dan menentukan di mana individu-individu ini berada.
"Pada masa yang sama, tiada permohonan diterima dari sebarang pihak meminta bantuan Interpol untuk menjejaki mereka," kata Kementerian Dalam Negeri Malaysia kepada Wong Chen (PKR-Kelana Jaya).
Bank Negara Malaysia dilaporkan sedang menyiasat Tang dan Loo di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 dan cuba mengenalpasti di mana mereka berada.
Tang juga merupakan pengasas Penguasa Pelaburan Terengganu, yang kemudian menjadi 1MDB. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK