SIASATAN KE ATAS 1MDB
Kes akan didengar secara tertutup
Ketua Parlimen tolak permintaan DAP agar prosiding disiar secara langsung
Jun 13, 2015 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Desakan pembangkang agar prosiding pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) disiarkan secara langsung adalah bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata perkara berkenaan adalah bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85 yang tidak membenarkan mana-mana jawatankuasa termasuk PAC menyiarkan perbincangannya selagi penyata lengkap belum disiapkan serta diserahkan kepada pihak majlis atau dewan berkaitan.