Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes baru Covid-19 turun 16% minggu lalu: WHO

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN kes baru Covid-19 yang dilaporkan di seluruh dunia berkurang 16 peratus minggu lalu kepada 2.7 juta, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO).



Bilangan kematian baru yang dilaporkan juga kurang 10 peratus minggu ini berbanding minggu sebelumnya kepada 81,000, kata WHO, pada Selasa lalu dalam perkembangan mingguan terkini.



Ia menggunakan perangkaan sehingga Ahad lalu.



Lima daripada enam rantau WHO di dunia turun ke dua angka dalam kes baru dengan hanya Timur Mediterranean menunjukkan kenaikan, sehingga 7 peratus.



Bilangan kes baru berkurangan 20 peratus minggu lalu di Afrika dan di Pasifik Barat, 18 peratus di Eropah, 16 peratus di rantau Amerika dan 13 peratus di Asia Tenggara.



Pengarah besar WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata pada Isnin lalu bilangan kes baru telah berkurang lima minggu berturut-turut, turun sehingga separuh daripada lebih lima juta kes pada minggu 4 Januari.



"Ini menunjukkan langkah kesihatan awam sudah menunjukkan keberkesanan.



"Apa yang penting sekarang ialah bagaimana kita memberi tindak balas kepada trend ini.



"Api masih belum padam tetapi ia telah berkurang dari segi saiz. Jika kita berhenti berjuang, ia akan kembali marak," kata Dr Tedros.



Varian baru koronavirus dikesan buat pertama kali di Britain dilaporkan kini di 94 negara dalam minggu sehingga Isnin lalu, kenaikan lapan kes.



Penularan setempat varian itu berbanding kes import telah dilaporkan di sekurangkurangnya 47 negara.



Varian itu yang dikesan buat kali pertama di Afrika Selatan telah dicatatkan di 46 negara, naik kepada dua kes, dengan penularan setempat di sekurang-kurangnya 13 daripada negara tersebut.



Varian jenis Brazil pula dikesan di 21 negara, naik kepada enam kes dengan penularan setempat di sekurang-kurangnya dua negara. - AFP.




"Ini menunjukkan langkah kesihatan awam sudah menunjukkan keberkesanan. Apa yang penting sekarang ialah bagaimana kita memberi tindak balas kepada trend ini. Api masih belum padam tetapi ia telah berkurang dari segi saiz. Jika kita berhenti berjuang, ia akan kembali marak."
- Pengarah besar WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >