Topic followed successfully
Go to BHkuKes baru di China meningkat, kelmarin dilapor 115 kes
Kes baru di China meningkat, kelmarin dilapor 115 kes
Jan 14, 2021 | 5:30 AM
Kes baru di China meningkat, kelmarin dilapor 115 kes
-
SHANGHAI: China melaporkan 115 kes baru Covid-19 kelmarin, meningkat daripada 55 kes sehari sebelumnya, kata pihak berkuasa kesihatan negara itu, kenaikan harian tertinggi dalam tempoh lima bulan.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional, dalam satu kenyataan, mengatakan 107 daripada kes baru adalah jangkitan tempatan. Jumlah kes baru tidak bergejala, yang tidak dikategorikan China sebagai kes yang disahkan, turun kepada 38 daripada 81 kes sehari sebelumnya.
Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di China kini berjumlah 87,706 orang, sementara jumlah kematian tidak berubah pada 4,634. - Reuters.

