RINGKAS
Kes bot terbalik: Dua mayat ditemui
Dec 15, 2017 | 05:30 AM
MAYAT dua lelaki Malaysia yang hilang selepas bot memancing mereka terbalik dekat pulau Pedra Branca Ahad lalu telah dijumpai.
Kejadian itu, yang berlaku kira-kira 1.5 km ke tenggara Pedra Branca, di pintu masuk timur Selat Singapura, mencetuskan usaha mencari tiga negara melibatkan kapal dan helikopter.