Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes bunuh CEO Cradle: Saksi temui 3 serpihan anak panah di rumah mangsa

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Nazrin Hassan diberitahu bahawa tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu ketika polis menjalankan siasatan ke rumah berkenaan buat kali kedua, tiga tahun lalu.



Inspektor Nor Harman Ab Hamid yang bertugas di Bahagian Latihan Bukit Aman berkata, beliau telah diminta oleh pegawai penyiasat kes, Penolong Superintenden Mohd Nizam Daud untuk pergi ke rumah Allahyarham Nazrin di Mutiara Damansara itu selepas mendapat maklumat daripada pegawai penyiasat bahawa kemungkinan punca kematian mangsa adalah akibat anak panah, lapor Bernama.



"Pada 19 September 2018, jam 10 pagi saya mendapat panggilan daripada Mohd Nizam bagi membantu mereka melakukan sekali lagi penyiasatan di rumah sama dan saya telah mengambil satu penapis penghawa dingin dan satu 'blower' penghawa dingin di bilik kejadian untuk tujuan analisis kesan kebakaran.



"Pada hari yang sama juga, saya menemukan tiga serpihan batang anak panah di halaman rumah serta menjumpai 'recorder' (perakam) kamera litar tertutup (CCTV) tanpa wayar di bilik stor," katanya yang ketika itu bertugas sebagai pegawai forensik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.



Encik Nor Harman, 36 tahun, memberi keterangan pada perbicaraan kes Samirah Muzaffar, 46 tahun, bekas eksekutif kanan yang juga isteri Allahyarham Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing pada berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, menyebabkan kematian Allahyarham Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.



Sebelum ini, mahkamah diberitahu diberitahu bahawa dua telefon bimbit yang diambil di lokasi kejadian tidak meletup berdasarkan keadaan fizikalnya.



Bekas pegawai persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Penolong Superintendan (B) Mohd Sa'ad Mat Nasib, 61 tahun, berkata, pemerhatiannya terhadap dua telefon bimbit yang diberikan oleh pegawai penyiasat kes itu, Penolong Superintendan Mohd Nizam Daud mendapati keadaan alat telekomunikasi berkenaan tidak menunjukkan ia meletup apabila bateri masih berada di perumah bateri.



Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-35, berkata keadaan fizikal telefon bimbit pertama adalah 90 peratus baik namun hanya terdapat beberapa kesan melecur akibat haba kebakaran manakala telefon bimbit kedua pula teruk terbakar.



Penolong Superintendan Mohd Sa'ad berkata sekiranya bateri telefon bimbit yang diperbuat daripada Lithium dan dibalut dengan bahan seakan zink terlebih cas, ia akan mewujudkan gas antara bateri dengan pembalut dan akan menyebabkan ia pecah seterusnya berlaku letupan serta percikan cahaya atau api.



Berdasarkan latihan dan pengetahuannya berkaitan alat letupan, jika bateri telefon bimbit berkenaan meletup ketika dicas dengan kedudukan skrin di atas dan bateri dibawah, alat telekomunikasi berkenaan akan naik tidak lebih daripada dua kaki tinggi hasil letupan berkenaan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >