Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes bunuh duta: Russia dakwa Britain, Nato terlibat

Dec 20, 2016 | 03:01 PM



MOSCOW (Russia): Britain dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diheret sama dalam kes pembunuhan Duta Russia ke Turkey pada Isnin selepas kedua-dua pihak itu didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden terbabit.



Mangsa, Andrey Karlov, 62 tahun dibunuh oleh polis Turkey, Mevlut Mert Altintas, 22 tahun, dalam kejadian yang disifatkan Rusia sebagai tindakan keganasan.



Namun pemimpin kumpulan ultranasionalis Russia, Encik Vladimir Zhirinovsky, mempersalahkan Britain atas kejadian tragis itu dengan dakwaan insiden itu bertujuan menghalang lawatan akan datang Presiden Turki, Encik Recep Tayyip Erdogan, ke Moscow untuk mengukuhkan hubungan dengan Presiden Vladimir Putin.



"Blok Barat cuba mencetuskan perbalahan antara kita (Turki dan Rusia). Semua konflik didalangi oleh Britain.



"Insiden tersebut dilakukan dengan sengaja bagi menjejaskan lawatan Erdogan. Kini lawatan itu pasti akan ditangguhkan," katanya.



Sementara itu, Senator Rusia, Encik Frantz Klintsevich yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan Rusia, menuding jari kepada NATO ekoran pembunuhan Karlov.



"Mungkin kejadian itu didalangi Daesh atau pemberontak Kurdis yang cuba menggugat kedudukan Erdogan.



"Tetapi kemungkinan besar wujud gerakan daripada perkhidmatan rahsia NATO dalam insiden berkenaan.



"Tragedi yang berlaku merupakan satu provokasi jelas dan cabaran besar kepada Russia," katanya.



Dalam kejadian terbabit, mendiang Karlov ditembak sebanyak sembilan das oleh Mevlut ketika beliau sedang menyampaikan ucapan pada satu majlis pameran seni di Ankara.



Mevlut kemudiaan ditembak mati oleh pihak berkuasa Turkey dan polis turut menahan ibu serta kakak suspek untuk membantu siasatan. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >