DUBAI: Bilangan kes koronavirus di Arab Saudi melebihi 150,000 pada Jumaat (19 Jun) berikutan peningkatan jangkitan baru dalam 10 hari terakhir.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi melaporkan 4,301 kes baru pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan 150,292, dengan 1,184 kematian.
Negara tersebut melaporkan lebih 100,000 kes pada 7 Jun.
Bilangan jangkitan baru terus meningkat dalam beberapa minggu terakhir, ketika pihak berkuasa negara itu mulai menghentikan sekatan pergerakan dan perjalanan pada 28 Mei lalu. – Reuters