Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes Covid-19 cecah rekod di M'sia

Keadaan genting, dengan ribuan doktor jangka mogok minggu depan
Jul 24, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia melaporkan 15,573 kes Covid-19 semalam, bilangan kes baru tertinggi sejak pandemik bermula, sedang ribuan doktor muda mengancam untuk mengadakan mogok Isnin depan.



Jumlah kes Covid-19 di negara itu kini mencecah 980,491 kes, dengan kebanyakan kes baru dikesan di Selangor, yang mempunyai 7,672 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam.



Perkembangan itu mengundang keprihatinan, dengan pusat rawatan Covid-19 dan hospital di Malaysia mungkin mengalami gangguan minggu depan, sedang ribuan doktor muda atau junior dijangka mogok.



Mereka ingin menuntut pekerjaan tetap dan faedah lain, yang menurut mereka tidak dipenuhi kerajaan.



Hartal Doktor Kontrak (HDK) - sebuah kumpulan yang telah merancang mogok itu sejak berminggu-minggu lalu semasa berunding dengan kerajaan - telah memberi amaran kepada hospital dan jabatan kesihatan negeri mengenai mogok tersebut yang boleh melibatkan hingga 20,000 doktor, kebanyakan mereka berada di barisan depan dalam usaha melawan Covid-19.



"Doktor kontrak di Malaysia telah bersetuju untuk menyertai mogok ini untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap cara masalah ini ditangani hari ini," kata HDK dalam surat tidak bertarikh.



Surat itu yang dirancang dihantar ke hospital dan jabatan kesihatan, lapor The Straits Times.



Sebilangan besar doktor kontrak muda di Malaysia dihantar ke pusat rawatan Covid19 dan hospital, dan HDK meminta pihak hospital dan jabatan kesihatan untuk mengatur pengganti yang mencukupi pada Isnin depan.



Pada pertengahan Julai, doktor muda mengambil bahagian dalam kempen "Black Monday" dengan berpakaian hitam ke tempat kerja untuk menunjukkan rasa tidak senang dengan syarat pekerjaan mereka, satu isu yang bermula sejak 2016.



Keadaannya dilaporkan semakin teruk. Puluhan doktor muda meletak jawatan dengan memberikan notis 24 jam pada hari-hari menjelang mogok tersebut, dengan alasan keletihan sedang kadar kemasukan Covid-19 di hospital di seluruh negara mencapai tahap tertinggi, memberi tekanan kepada sistem kesihatan.



HDK berkata doktor diminta untuk bekerja selama berjam-jam tanpa gaji tambahan, dan dilarang mengambil pekerjaan sementara di pusat vaksinasi yang dikendalikan oleh sektor swasta.



Dipimpin beberapa doktor kontrak, HDK memberi amaran di wadah media sosialnya bahawa sistem penjagaan kesihatan di Malaysia menunjukkan tanda-tanda gagal, dengan kekurangan ruang di hospital untuk pesakit dan doktor yang meletak jawatan.



Doktor muda yang menyertai sistem penjagaan kesihatan awam selepas 2016 hanya ditawarkan jawatan kontrak, yang secara berkala dilanjutkan.



Lulusan perubatan Malaysia perlu berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun setengah dalam sistem penjagaan kesihatan awam sebelum mereka boleh beralih ke sektor swasta.



Jawatan kontrak mempunyai gaji yang lebih rendah berbanding dengan doktor tetap. Mereka juga tidak berhak mendapat banyak faedah yang diberikan kepada penjawat awam.



Doktor kontrak juga tidak diberi peluang menjadi pakar dalam bidang pilihan mereka.



Doktor kontrak hanya menerima kenaikan gaji kecil tahun ini setelah kerajaan menyemak semula gred gaji perkhidmatan awam mereka di tengah-tengah krisis Covid-19.



Sebelum ini, gaji permulaan mereka ialah RM2,947 ($950) sebulan, dan ini dinaikkan kepada RM3,611 sebulan. Kenaikan gaji tahunan mereka di bawah gred yang disemak adalah RM250.



Bagaimanapun, doktor muda masih menerima gaji yang jauh lebih rendah daripada doktor yang bekerja tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >