Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes Covid-19 di India lebihi 19.5 juta

May 03, 2021 | 05:30 AM



NEW DELHI/PETALING JAYA: Jumlah kes Covid-19 di India mencecah 19,557,457 semalam, dengan sebanyak 392,488 kes baru dilaporkan dalam sehari, kata kementerian kesihatan negara itu.



Sebanyak 3,689 kematian dilaporkan sejak pagi Sabtu, membawa jumlah kematian kepada 215,542, lapor Xinhua.



Terdapat sejumlah 3,349,644 kes aktif di negara itu, dengan kenaikan 80,934 pada Sabtu, manakala seramai 15,992,271 telah pulih dan keluar dari hospital sejauh ini di serata negara itu.



Hampir 10 wilayah di India dan wilayah kesatuan telah mengenakan beberapa bentuk sekatan, meskipun pemerintah masih keberatan mengenakan sekatan di peringkat nasional.



Wilayah timur Odisha merupakan wilayah terbaru untuk mengumumkan sekatan dua minggu, menyertai Delhi, Maharashtra, Karnataka dan Bengal Barat.



Wilayah lain, termasuk Uttar Pradesh, Telengana, Assam, Andhra Pradesh dan Rajasthan, telah melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam atau sekatan pada hujung minggu.



Akhbar The Indian Express melaporkan semalam bahawa pasukan bertindak Covid-19 negara itu telah menasihatkan pemerintah untuk mengenakan sekatan di peringkat nasional. - Xinhua




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >