Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes Covid-19 di M'sia turun ke 6,999

May 31, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan 6,999 kes baru koronavirus semalam menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara itu kepada 565,533.



Angka harian itu turun dari 9,020 yang dicatatkan kelmarin.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes jangkitan tertinggi dilaporkan di Selangor dengan 2,477 kes, diikuti Kuala Lumpur (616) dan Kelantan (612).



Perlis, negeri terkecil di Malaysia, mencatatkan jumlah jangkitan terendah dengan tujuh kes, diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan masing-masing sebanyak 13 dan 133 kes.



Sementara itu, Malaysia merancang untuk menubuhkan lebih banyak pusat vaksinasi mega dan mendapatkan doktor swasta untuk memberikan kerjasama dalam usaha imunisasi bersama ini, setelah lima hari berturut-turut mencatat rekod jangkitan koronavirus.



Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media maya semalam berkata kerajaan akan menubuhkan lima lagi pusat vaksinasi mega di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, dan sedang mempertimbangkan dua pusat di Pulau Pinang dan di Johor.



Kerajaan juga akan melatih doktor perubatan umum (GP) untuk memberi vaksin Covid-19, katanya, sambil menambah bahawa beberapa vaksin perlu ditangani dan disimpan secara berbeza dari vaksin biasa.



"Sebelum ini, tidak ada keperluan (untuk melibatkan sektor kesihatan swasta) kerana bekalan vaksin tidak banyak.



"Dengan jumlah bekalan yang meningkat, kami ingin memudahkan klinik swasta, klinik (GP), rumah sakit swasta untuk melancarkan vaksin melalui program kami, secara percuma," katanya.



Pusat vaksinasi swasta dapat memberikan sejumlah 40,000 dos sehari, kata beliau, sambil menambah bahawa pihak kerajaan ingin meningkatkan vaksinasi menjadi sekitar 150,000 dos dalam masa sehari.



Sebanyak 107,000 dos telahpun diberikan setiap hari sepanjang minggu ini.



Encik Khairy turut berkata bahawa kerajaan menyasarkan 500 klinik GP memberikan vaksin bermula 15 Jun ini.



Menjelang akhir Jun, sebanyak 1,000 klinik akan ditetapkan sebagai pusat vaksinasi, lapor akhbar The Star.



Encik Khairy berkata pada masa ini terdapat sebanyak 2,500 klinik GP yang telah mendaftar untuk membantu program imunisasi negara.



Hampir enam peratus daripada 32 juta penduduk di negara ini telah mendapatkan vaksinasi, menurut laman jawatankuasa khas kerajaan bagi memastikan akses kepada bekalan vaksin Covid-19.



Dalam pada itu, Encik Khairy menambah pihak kerajaan juga sedang mempertimbangkan pusat vaksinasi pandu-lalu (drive-through) di negara ini, setelah garis panduan diperbaiki.



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown di seluruh negara bagi tempoh 14 hari, bermula 1 hingga 14 Jun, dalam usaha untuk membendung penularan virus tersebut. - Reuters, The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >