Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes Covid-19 Indonesia cecah setengah juta, hospital hadapi tekanan

Nov 23, 2020 | 08:44 PM



JAKARTA: Indonesia mengalami keadaan yang mengerikan pada Isnin (23 November) apabila bilangan kes Covid-19 melepasi jumlah lebih setengah juta.



Keadaan ini dilaporkan dalam kegentingan situasi ruang hospital merata wilayah paling ramai penduduk ini hampir terisi tampungan maksimumnya.



Indonesia kini mempunyai 502,110 kes jangkitan koronavirus dan 16,002 kematian – jumlah paling tinggi di Asia Tenggara, dengan negara ini berusaha gigih mengekang jangkitan yang menular sejak kes pertama dikesan Mac lalu.



Pakar kesihatan awam berkata, kurangnya ujian dan proses jejak kontak serta kadar kes positif Covid-19 yang tinggi saban hari memberi gambaran jumlah sebenar pesakit kemungkinan jauh lebih tinggi.



Di ibu kota Indonesia, Jakarta, di mana sekatan sosial akan kekal hingga 6 Disember ini, dapat dikesan kepasrahan sesetengah penduduk yang suram dengan keadaan sekeliling.



“Pemerintah Indonesia tidak serius dengan penduduk kian penat dengan situasi pandemik ini,” jelas penjual kain di pasar Tanah Abang, Encik Ahmad Rozali.



“Dapat dirasakan ketakutan dalam kalangan penduduk...Jika kita ingin memulakan perniagaan, ia akan menemui jalan buntu,” jelas seorang lagi usahawan, Cik Dewi Nuraini, 45 tahun, yang menyifatkan ekonomi negara itu kian “beerkecai”.



Indonesia melaporkan jumlah harian purata sebanyak hampir 4,000 kes baru sejauh ini pada November, dengan tambahan mendadak kes dilaporkan di beberapa wilayah sehingga memberi tekanan sumber pada hospital di Jawa.



Di Bandung, ibu kota Jawa Barat, wilayah dengan sekitar 50 juta penduduk, tampungan di 27 hospital rujukan mencecah 88.8 peratus pada Isnin (23 November), jelas setiausaha kota ini, Cik Ema Surmana kepada agensi berita Reuters.



Menurutnya, 698 daripada 786 katil bagi pesakit koronavirus sudah terisi.



Pakar epidemiologi Jawa Barat, Encik Panji Fortuna Hadisoemarto pula menambah, bentuk jangkitan tempatan dan kebangsaan menunjukkan jerih payah yang dilalui Jakarta dengan virus ini belum reda.



“Jika ia berlaku di Jawa Barat, tidak semestinya ia berlaku di tempat lain.



“Namun melihat pada trend ini, jumlah kes Covid-19 masih meningkat di semua wilayah...Kini, ia sampai ke puncaknya,” katanya. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >