Kes demam denggi di Johor meningkat lebih 82 peratus, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Kes demam denggi di Johor meningkat lebih 82 peratus

Jun 09, 2014 | 05:07 PM

NUSAJAYA (JOHOR): Jumlah kes demam denggi di negeri ini menunjukkan peningkatan lebih 82 peratus iaitu sebanyak 2,050 kes sejak Januari hingga awal bulan lalu berbanding 1,123 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, kadar kematian akibat wabak berkenaan juga menunjukkan peningkatan dengan 12 kematian sejak Januari hingga bulan lalu berbanding lima kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata, kes denggi di negeri ini dijangka terus meningkat dengan fenomena El Nino yang dijangka melanda tidak lama lagi.

"Ingin saya jelaskan sepatutnya apabila cuaca panas atau kemarau, jumlah kes sepatutnya menurun disebabkan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan terbuka tidak lagi menampung air.

"Namun, nyamuk aedes ini akan mencari tempat sejuk dan selesa seperti di premis perniagaan, rumah dan bangunan awam untuk membiak," katanya ketika sesi penggulungan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Kota Iskandar di sini semalam.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Datuk Ayub berkata, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dengan memperluas program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) kepada penduduk bagi memberi penerangan kesedaran tentang penyakit berjangkit berkenaan.

Beliau berkata, hingga kini kerajaan negeri telah menubuhkan 400 jawatankuasa Combi sebagai salah satu usaha mengurangkan kes demam denggi.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, kerajaan negeri telah meluluskan projek pembinaan tembok laut di sepanjang Tanjung Piai bagi mengurangkan kesan hakisan di kawasan berkenaan dan tender fasa pertama projek telah dikeluarkan.

"Dijangkakan kerja fasa pertama ini akan bermula pada Ogos depan dengan merangkumi pembinaan pelindung hakisan pantai sepanjang 1.3 kilometer dan pembinaan struktur pemecah ombak sepanjang 800 meter," katanya. - Utusan Online.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map