MELAKA: Malaysia mencatatkan 38,511 kes demam denggi dan 75 kematian di seluruh negara sehingga 7 Jun tahun ini, berbanding 10,910 kes dengan 22 kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.
"Perangkaan ini menunjukkan kes demam denggi telah melonjak 252 peratus sementara yang menjadi korban melonjak 241 peratus," kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang menggambarkan trend itu sebagai membimbangkan.