Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes dera pelajar madrasah: Najib arah siasatan dipercepat

Apr 27, 2017 | 01:29 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan siasatan kes berhubung pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie yang dipercayai dipukul oleh pembantu warden sehingga menyebabkan kematian, dipercepatkan.



Sambil melahirkan rasa sedih berikutan kematian pelajar terbabit yang sebelum ini kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman, Perdana Menteri Malaysia itu berkata, punca kematian akan dapat diketahui menerusi siasatan berkenaan, sekali gus tindakan undang-undang boleh diambil jika ada kesalahan.



“Innalillah. Sedih menerima berita pemergian adik Mohd. Thaqif Amin di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Takziah buat keluarga arwah dan Insya-Allah, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) akan mewakili saya di majlis pengebumian arwah.



“Saya mahu siasatan kes ini dipercepatkan agar kita tahu punca kematian dan diambil tindakan undang-undang jika ada kesalahan,” katanya menerusi laman Facebook beliau.



Akhbar sebelum ini melaporkan kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif Amin yang bertukar lebam terpaksa dipotong hingga paras betis setelah dijangkiti kuman dan darah beku.



Doktor di hospital itu sepatutnya melakukan pembedahan tangan kanannya pula pada pagi kelmarin, tetapi terpaksa ditangguh ekoran keadaan jantungnya yang tidak stabil.



Ibu pelajar, Cik Felda Wani Ahmad, 40 tahun, mendakwa anak ketiga daripada lima beradik itu beberapa dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden pusat madrasah tahfiz berkenaan.



Jenazah Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur di sini, awal pagi tadi.



Jenazah Mohamad Thaqif tiba di kediaman datuknya, Encik Ahmad Motai, 66 tahun, di Felda Bukit Aping Timur pada jam 11.40 sebelum disembahyangkan di rumah.



Selesai solat, jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 12 tengah malam dan selamat dikebumikan pada jam 12.37 tengah malam. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >