SYDNEY/LONDON: Bilangan jangkitan Covid-19 di lima negara yang mengalami jangkitan paling tinggi terus melonjak, dengan bilangan jangkitan sejagat kini melebihi 15 juta.
Brazil, India, Russia dan Afrika Selatan terus melaporkan bilangan kes baru yang tinggi, dengan beberapa negara terus memberi respons berbeza-beza terhadap krisis ini.