Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia melebihi 300 juta

Jan 07, 2022 | 05:08 PM



NEW YORK: Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan di Universiti Johns Hopkins mengesahkan kes Covid-19 di seluruh dunia sudah melebihi 300 juta jangkitan setakat ini.



Berdasarkan laporan Xinhua, Amerika Syarikat (AS) sahaja melaporkan 58,449,898 kes dengan 833,957 kematian, yang mana kedua-duanya adalah angka tertinggi di dunia.



Jumlah itu sekali gus menyumbang 19 peratus daripada kes global dan 15 peratus kematian global, yang kini semakin menghampiri 5.5 juta mangsa.



Jumlah kes di seluruh dunia mencapai 100 juta pada 26 Januari 2021 sebelum meningkat kepada 200 juta pada Ogos lalu.



Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria van Kerkhove, berkata program vaksinasi berhasil membantu menentang semua varian yang ada.



Selain itu, katanya, vaksin juga disifatkan sangat berkesan bagi menentang jangkitan serius dan kematian.- Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >