Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes kanibal Stefan bunuh Stefan: Guru Jerman dipenjara seumur hidup

Jan 08, 2022 | 05:24 PM



FRANKFURT: Sebuah mahkamah Berlin pada Jumaat (7 Januari) telah mendapati seorang bekas guru bersalah membunuh seorang lelaki dan mengerat tubuhnya sebagai sebahagian fantasi kanibalnya selepas mereka bertemu dalam talian.



Guru itu yang dikenali sebagai Stefan R. dihukum penjara seumur hidup.



Hakim Pengerusi, Encik Matthias Schertz, berkata Stefan R. menjalankan jenayah tersebut bagi memenuhi fantasi kanibalisnya. Ia adalah perbuatan yang tandus kemanusiaan, jelas Encik Schertz.



"Dalam tempoh 30 tahun sebagai hakim, tiada kes sekejam ini pernah saya lihat berlaku sebelum ini," katanya.



Stefan R. yang turut didakwa bersalah mencemarkan mayat itu kekal berdiam diri dan tidak menampakkan sebarang ekspresi apabila keputusan mahkamah dibacakan.



Menurut pendakwa, Stefan R., 42 tahun, menghubungi mangsa, Stefan Trogish, menerusi aplikasi dating dan memujuknya ke rumahnya.



Sejurus di sana, mangsa diberi dadah sebelum tekaknya dibelah dan kemaluannya juga dipotong untuk dimakan.



Mayat itu dikerat beberapa kepingan dan disebarkan ke merata kawasan timur laut Pankow di Berlin.



Kes ini mula diketahui sekitar November 2020 selepas tulang manusia ditemui di taman sekitar kejiranan ini.



Polis mengenal pasti hakisan manusia itu sebagai milik Stefan Trogish, warga Britain berusia 43 tahun yang hilang.



Menerusi simpanan rekod telefon mangsa, pihak penyiasat menemui alamat si pembunuh. Di rumahnya, ditemui titisan darah, lebih banyak bahagian hakisan tubuh manusia dan beberapa alat pertukangan yang mencurigakan.



Peguam Stefan R, seorang guru matematik dan kimia, menekankan bahawa mangsa meninggal dunia kerana sebab alamiah manakala Stefan R. dikatakan telah mengerat dan membuang tubuh Trogish kerana takut orang ketahui tentang dirinya yang merupakan seorang homoseksual.



Namun, Hakim Schertz berkata versi peristiwa yang berlaku memang tidak dapat dipercayai dari awal hingga akhir. Beliau menambah terdapat bukti wujud upacara kanibal yang dibuat ke atas mangsa apabila testikel dan zakarnya dipisahkan secara berhati-hati.



Kes ini persis kejadian melibatkan bekas pegawai polis, Detlev Guenzel, yang dituduh membunuh mangsanya yang bersedia untuk dibunuh. Dia bertemu mangsa itu di laman bagi penggemar kanibalisme dan telah memancungnya di dalam ruang sadomasokisme.



Guenzel, 58 tahun, telah mengerat tubuh mangsanya menjadi cebisan bahagian di ruang yang dibinanya sendiri sebelum menguburkan mayat itu di tamannya. Tiada bukti yang ditemui mengenai sama ada dia makan sebahagian daripada tubuh mangsa ataupun tidak.



Dalam satu kes yang mengejutkan Jerman, Armin Meiwes, yang dikenali dengan gelaran 'Kanibal Rotenburg' dihukum penjara seumur hidup pada 2006 kerana membunuh dan memakan sebahagian tubuh mangsanya yang dikatakan sedia dijadikan 'alat' upacara kanibalisme. - AFP



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >