Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes koronavirus di India lepasi 500,000

Jun 27, 2020 | 03:13 PM

NEW DELHI: India melaporkan lebih 17,000 kes koronavirus baru dalam masa 24 jam lalu, menjadikan jumlah lebih 500,000 kes di negara itu, menurut data kementerian kesihatan persekutuan pada Sabtu (27 Jun), dengan jangkitan melonjak di bandar-bandar besar termasuk ibu kota New Delhi.


India mempunyai penularan Covid-19 keempat terbesar di dunia, di bawah Amerika Syarikat, Brazil dan Russia dalam bilangan jangkitan yang disahkan, menurut laporan Reuters.


Jangkitan dijangka terus meningkat di India. Pakar yang menasihati pemerintah persekutuan berkata pihak berkuasa kini harus mengutamakan pengurangan kematian berbanding pembendungan penyebaran virus.


"Tumpuan kami harus pada pencegahan kematian dan tidak begitu dibebani dengan angka jangkitan. Angka akan meningkat," kata Dr Manoj Murhekar, anggota pasukan bertindak koronavirus utama India dan pengarah Institut Epidemiologi Nasional.


Kumpulan kajian Covid-19 itu, yang dipimpin oleh Prof Bhramar Mukherjee, seorang profesor biostatistik dari Universiti Michigan, meramalkan bahawa India boleh mencatat antara 770,000 dengan 925,000 kes menjelang 15 Julai.


Sedang jangkitan meningkat dengan cepat dan hospital semakin sesak, beberapa bandar seperti New Delhi bergegas membina kemudahan sementara dengan ribuan katil untuk kuarantin dan merawat pesakit Covid-19.


Bandar dengan sekitar 20 juta penduduk itu hanya mempunyai sekitar 13,200 katil untuk pesakit Covid-19 dan akan menambah sekurang-kurangnya 20,000 dalam beberapa minggu mendatang, dengan beberapa kemudahan dikendalikan oleh doktor tentera dan separa tentera. - Reuters.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >