Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes lelaki S'pura dituduh bunuh isteri di UK: Laporan patologi beri gambaran sesak nafas punca kematian

Aug 04, 2022 | 03:46 PM



NEWCASTLE, ENGLAND: Lelaki Singapura berusia 51 tahun yang kini dibicarakan kerana dakwaan membunuh isterinya kemungkinan melutut atas si isteri untuk menghalangnya daripada bergerak sewaktu dia menggunakan bantal untuk menekup mulut si isteri.



Demikian disampaikan kepada Mahkamah Newcastle Crown pada Rabu (3 Ogos).



Seorang pakar patologi menjelaskan tekanan pada bahagian depan bahu Cik Pek Ying Ling menunjukkan tanda lebam dan saluran darah kecil yang pecah kelihatan sejurus sebelum beliau meninggal dunia.



Lelaki berkenaan, Fong Soon Hert, 51 tahun, juga dikenali sebagai Allan, kini sedang dibicarakan kerana dakwaan membunuh Cik Pek, juga 51 tahun, yang dikenali keluarga dan kawannya sebagai Evelyn, di County Aparthotel pada 5 Disember 2021.



Anak sulungnya, Encik Alonzo Fong, yang belajar di kota itu, memberitahu polis mengenai kejadian itu setelah menerima panggilan telefon daripada bapanya yang menyatakan dia rasa dia telah membunuh Cik Pek.



Pegawai polis menemui tubuh yang tidak bernyawa itu di katil bilik hotel pasangan ini yang sudah empat hari melancong ke kota itu. Bantal menutupi muka dan lengannya diangkat ke atas.



Sebuah pasukan perubatan darurat pula berusaha memberinya bantuan pernafasan kecemasan tetapi beliau disahkan meninggal tidak lama selepas itu.



Perbicaraan dimulakan Isnin lalu dengan Fong mengaku tidak bersalah membunuh isterinya.



Pakar patologi Jennifer Bolton yang menjalankan posmortem pada Cik Pek adalah yang pertama menjawab soalan pendakwa Peter Makepeace pada pagi Rabu.



Dr Bolton menjelaskan beliau mengendalikan pemeriksaan posmortem sekitar 5 petang kematian disahkan.



Sewaktu memeriksa bahagian luaran mayat, beliau mendapati pendarahan saluran darah yang kelihatan seperti bintik-bintik merah kecil pada dahi, kelopak mata, bahagian bawah mata kanan dan mulut Cik Pek.



Pendarahan ini disebabkan tekanan darah yang naik terlalu tinggi serta saluran darah kecil di bawah kulitnya yang pecah, jelas Dr Bolton.



Terdapat 11 tanda lebam pelbagai saiz dan warna pada dagu, bahu, lengan dan buku lali kirinya juga.



Bagaimanapun, beliau mendapati lebam pada bahagian lengan kanan Cik Pek serta gurisan pada buku lali kirinya memberi gambaran ia berlaku pada masa berbeza.



Sementara itu, pendarahan pada muka dan lebam pada bahunya kelihatan berlaku pada tempoh masa sama, tambah Dr Bolton.



Beliau juga menambah pendarahan itu biasanya hilang dalam masa beberapa minit atau jam selepas ia berlaku. Justeru itu, memandangkan kesemua kesan ini boleh dilihat bererti ia baru wujud tidak lama sebelum kematian berlaku.



Satu pemeriksaan dalaman mendapati Cik Pek mempunyai penyakit jantung yang ketara daripada penyempitan salah satu daripada arteri jantungnya. Bagaimanapun, tiada kerosakan pada jantungnya atau bukti beliau mengalami sebarang tanda serangan jantung.



Dr Bolton juga mengesahkan bahawa laporan toksikologi menunjukkan tiada alkohol atau ubatan dikesan pada darah atau air kencing mangsa.



Air liur dan darah Cik Pek juga ditemui pada bahagian bawah bantal manakala DNA Fong di atas bantal.



Dr Bolton merumuskan sedang pendarahan itu bukanlah tanda perbuatan jahat, ia adalah petanda terdapat sekatan pernafasan atau tekanan pada leher mangsa.



Beliau juga memberitahu juri bahawa semua bukti itu membuatnya merumuskan penyebab kematian mangsa adalah penyesakan nafas.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >