Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19: PENINGKATAN JUMLAH JANGKITAN DI INDONESIA

Kes Omicron di Surabaya naik mendadak

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



SURABAYA: Trend kes varian Omicron Covid-19 di Kota Surabaya terus meningkat dengan ketara.



Jumlah kes baru yang merebak di Surabaya turut melihat lonjakan di seluruh wilayah Indonesia.



Berdasarkan data Dinas Kesihatan Provinsi Jawa Timur, pada pertengahan Februari ini, kes harian Covid-19 di Kota Surabaya menunjukkan peningkatan cukup mendadak.



Jumlah kes aktif di Surabaya sehingga 14 Februari 2022 menjadi 3,647, positif 82,395, sembuh 76,163 dan 2,585 meninggal dunia.



Dalam tempoh sehari terdapat tambahan 60 kes aktif, 1,173 positif, 1,105 sembuh dan 8 pesakit meninggal dunia.



Petunjuk trend peningkatan kes Covid19 di Surabaya juga terlihat dari kawasan perkampungan yang sebelum ini berada dalam zon hijau daripada enam daerah, empat daripadanya diisytiharkan berada dalam zon merah.



Surabaya yang terletak di Jawa Timur dengan Jawa Timur melaporkan keseluruhan 7,569 kes manakala Jawa Barat menyumbang jumlah kes baru tertinggi dengan 13,658 kes, diikuti dengan Jakarta dengan 5,208 kes di tempat ketiga.



Jawa Tengah berada di tempat keempat dengan 4,219 kes, tepat di atas Yogyakarta yang menyaksikan peningkatan yang agak pesat dalam kes dengan 2,450 kes baru.



Kes baru Covid-19 di seluruh Indonesia berterusan meningkat dan mencecah 57,491 kes sehingga kelmarin.



Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia kes baru direkodkan menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 5,289,414.



Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan 257 kematian lagi dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian 146,798 ketika gelombang ketiga pandemik itu melanda ke seluruh negara.



Bagi penduduk Surabaya, Encik Adjie Wahjono yang dihubungi Berita Harian semalam berkata Surabaya kini di bawah pelaksanaan sekatan aktiviti awam (PPKM) 3.



Tahap ketiga paling ketat daripada empat peringkat pelaksanaan PPKM.



"Sejak dua minggu lepas bilangan kes harian meningkat, orang ramai menjadi lebih berhati-hati.



"Tetapi keadaannya tidaklah seperti tahun lepas semasa gelombang kedua varian Delta apabila hospital dan kemudahan pengasingan penuh dan bekalan oksigen sukar dicari.



"Kedai serta pusat beli-belah masih dibuka tetapi di tutup 9 malam berbanding PPKM 2 di tutup 10 malam. Pendek kata, waktu buka pun singkat.



"Sekolah pula kembali dalam talian semula sejak sebelum Tahun Baru Cina,'' ujar Encik Adjie.



Beliau yang merupakan Pengurus Operasi Aneka Kartika Tours & Travel Services berkata pusat beli-belah tidak lagi sesak seperti November hingga Januari lalu.



"Keadaannya tidaklah sunyi tetapi ramai orang mula mengurangkan pergerakan dan mengelakkan tempat yang sesak.



"Apatah lagi Kementerian Kesihatan juga meramalkan kes Omicron akan mencapai kemuncak pada penghujung Februari atau awal Mac. Jadi kami semua berhati-hati,'' ujar Encik Adjie.





"Sejak dua minggu lepas bilangan kes harian meningkat, orang ramai menjadi lebih berhati-hati.

Tetapi keadaannya tidaklah seperti tahun lepas semasa gelombang kedua varian Delta apabila hospital dan kemudahan pengasingan penuh dan bekalan oksigen sukar dicari.

Kedai serta pusat beli-belah masih dibuka tetapi di tutup 9 malam berbanding PPKM 2 di tutup 10 malam. Pendek kata, waktu buka pun singkat...

Keadaannya tidaklah sunyi tetapi ramai orang mula mengurangkan pergerakan dan mengelakkan tempat yang sesak."

- Penduduk Surabaya, Encik Adjie Wahjono, yang juga Pengurus Operasi Aneka Kartika Tours & Travel Services.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >