Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes pembunuhan wanita S'pura di Newcastle: Suami yang didakwa membunuh muncul di mahkamah UK; sidang rayuan pada 11 Jan

Dec 09, 2021 | 10:33 PM



SEORANG lelaki Singapura yang didakwa membunuh isterinya di Newcastle, Britain, dihadapkan ke Mahkamah Newcastle Crown menerusi pautan video dari penjara pada Khamis (9 Disember).



Fong Soong Hert, 50 tahun, ditahan sejak diberkas pada Isnin (6 Disember) selepas isterinya, Cik Pek Ying Ling, 51 tahun, ditemui mati di apartmen mewah di pusat bandar Newcastle.



Laman berita Britain, ChronicleLive, melaporkan kemunculan seketika Fong di mahkamah.



Hakim Paul Sloan QC memberitahunya kes itu ditunda dengan persiapan membuat rayuan dan persediaan perbicaraan yang diputuskan pada 11 Januari tahun depan.



Hakim juga memberitahu tarikh perbicaraan pula ditetapkan pada 6 Jun tahun depan.



"Anda harus faham, jika anda layak merayu dan jika anda melakukan sebarang kesalahan, yang wujud dari tuduhan ini, lebih cepat ia disampaikan kepada mahkamah, lebih baik buat anda, lebih kredit yang akan anda terima, lebih kurang darjah hukumannya.



"Lebih lama anda membiarkannya, jika anda melakukan kesalahan, lagi teruk keadaannya buat anda, lebih teruk hukumannya kelak," jelas hakim.



ChronicleLive melaporkan tiada permohonan untuk ikat jamin sementara Fong ditahan buat masa ini.



Polis Northumbria menerima panggilan pada 7.15 pagi pada Isnin (3.15 petang Singapura), dengan laporan mengenai keadaan Cik Pek di County Aparthotel di Westgate Record, Newcastle dibuat.



Apabila khidmat kecemasan tiba di apartmen itu, mereka mendapati Cik Pek tidak lagi bernafas. Mereka cuba menyelamatkannya tetapi beliau disahkan mati di lokasi itu tidak lama selepas itu.



Fong ditangkap dan dituduh membunuh.



Pasangan ini dilaporkan menjalani percutian keluarga di Britain. Kedua-duanya terlibat dalam industri penganjuran acara di Singapura dan telah berumah tangga selama lebih 27 tahun.



Dalam satu lampiran pos pada Khamis, polis Northumbria berkata Cik Pek adalah ibu yang disayangi anak-anaknya dengan mereka benar-benar bersedih menyusuli kematiannya.



Polis menambah tiga anak lelakinya kini disokong pegawai penghubung keluarga yang dilatih khas.



Pos itu turut menyertakan kenyataan bersama daripada keluarga ini.



"Keseluruhan keadaan ini adalah kejutan besar buat kami. Kami sepatutnya bertemu bagi satu percutian keluarga lantas kami benar-benar remuk-redam dengan kejadian ini. Ia adalah tempoh yang sangat sukar buat kami, maka kami minta agar privasi kami dihormati dalam tempoh berkabung ini," jelas keluarga itu dalam kenyataan mereka.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata ia dimaklumkan tentang kematian Cik Pek dengan Suruhanjaya Tinggi Singapura di London kini berhubung dengan pihak berkuasa Britain.



Jurucakap MFA menambah ia sedang menawarkan bantuan konsular dan menyokong pihak yang terjejas dan keluarga berkenaan.



Sesiapa yang didapati bersalah membunuh di Britain akan menerima hukuman penjara seumur hidup.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >