Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes percubaan rogol di India: Lelaki diberi ikat jamin, diarah cuci baju 2,000 wanita selama 6 bulan

Sep 24, 2021 | 12:12 AM



PATNA: Seorang lelaki India yang dituduh cuba merogol telah diberi ikat jamin dengan syarat dia membasuh dan menggosok pakaian semua wanita di desanya selama enam bulan.



Lalan Kumar, 20 tahun, perlu membeli serbuk pencuci kain dan barangan lain yang diperlukan bagi khidmat percuma membasuh pakaian selama enam bulan buat sekitar 2,000 wanita di kampung Majhor di Bihar, di bawah perintah pihak berkuasa pada Rabu (22 September).



Kumar yang bertugas sebagai pembasuh pakaian diberkas pada April atas beberapa tuduhan termasuk percubaan merogol, kata pegawai polis di wilayah Madhubani, Encik Santosh Kumar Singh, kepada agensi berita AFP. Tiada tarikh perbicaraan ditetapkan.



"Kesemua wanita desa gembira dengan keputusan mahkamah ini," kata ketua majlis desa, Cik Nasima Khatoon.



"Ia adalah satu detik bersejarah. Ia akan menambah rasa hormat buat wanita dan membantu melindungi harga diri mereka," tambah Cik Nasima, yang merupakan salah seorang pemimpin penting yang akan mengawasi Kumar.



Beberapa wanita desa pula berkata perintah mahkamah itu membawa impak positif dengan menjadikan jenayah terhadap wanita satu perkara yang dibincangkan dalam masyarakat.



Salah seorang wanita ini, Cik Anjum Perween, berkata:



"Ini adalah langkah yang luar biasa dan hukuman yang berbeza yang memberi pesanan kepada masyarakat."



Undang-undang bagi kes rogol di India disemak semula selepas kes rogol beramai-ramai di New Delhi pada 2012 menimbulkan kemarahan dunia tetapi jumlah kes rogol kekal tinggi kini, dengan lebih 28,000 kes rogol dilaporkan pada 2020.



Polis India pula dituduh tidak melakukan secukupnya bagi mencegah jenayah ganas dan gagal membawa kes serangan seksual ke muka pengadilan. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >