Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes pertama Flurona dikesan di AS

Jan 07, 2022 | 07:57 PM



NEW YORK: Kes pertama jangkitan selesema dan Covid-19 secara serentak atau Flurona dikesan pada dua kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS).


Menurut laporan USA Today, kes berkenaan masing-masing dikesan di Texas dan California Selatan.


“Kes pertama membabitkan pesakit pediatrik itu disahkan di Hospital Kanak-kanak Texas Isnin lalu.


“Kanak-kanak berkenaan bagaimanapun tidak dirawat di hospital,” menurut laporan itu sambil menambah tiada butiran lanjut mengenai pesakit didedahkan.


Hospital Kanak-kanak Texas yang mengesahkan jangkitan serentak itu kini sedang bekerjasama dengan pakar perubatan lain di seluruh negara untuk melakukan penyelidikan lanjut.


Hospital itu juga adalah kemudahan kesihatan pertama melaporkan jangkitan Covid-19 dan virus berkaitan pernafasan (RSV) pada musim panas lalu.


Sementara itu, kes kedua dikenal pasti di Brentwood, California pada Sabtu lalu di sebuah pusat ujian saringan Covid-19 bergerak.


Maklumat awal yang diperoleh mendapati pesakit dari Cabo San Lucas, Mexico itu sedang bercuti di AS bersama keluarganya.


“Kanak-kanak itu menunjukkan simtom, namun tidak serius dan tidak memerlukan rawatan di hospital,” lapor rangkaian TV, KVEA pada Rabu lalau, memetik kenyataan jurucakap pusat ujian 911 Covid, Steve Farzam.


Difahamkan, kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak masih rendah berikutan hanya 803 rakyat AS berusia 18 tahun ke bawah maut akibat coronavirus antara musim bunga 2020 dan 29 Disember 2021.


Kes positif di AS itu dilaporkan beberapa hari selepas jangkitan pertama Flurona dikesan pada seorang wanita di Israel, yang turut mengalami gejala ringan.- Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >