Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes saman perjanjian berkaitan 1MDB: Jutawan cuba batalkan jawapan balas Justo

Apr 14, 2016 | 10:17 AM



DALAM satu lagi perkembangan kes saman yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Singapura, hartawan media Malaysia, Datuk Tong Kooi Ong, telah berusaha untuk membatalkan jawapan balas seorang warga Switzerland, Xavier Justo, kepada kertas pembelaan beliau.



Langkah itu diambil selepas peguam Justo pada Februari menolak pembelaan Datuk Tong sebagai tidak berasas.



Satu sidang praperbicaraan tertutup Mahkamah Tinggi diadakan pada Rabu (13 Apr) bagi kes itu.



Justo bekas pekerja PetroSaudi yang didakwa membocor maklumat yang membawa kepada dakwaan bahawa berbilion-bilion ringgit diselewengkan di firma pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Dia menyaman Datuk Tong, pemilik kumpulan media The Edge Malaysia, dan dua orang lain. Justo mendakwa dia tidak pernah dibayar AS$2 juta ($2.7 juta) yang dijanjikan kepadanya kerana kononnya menyerahkan dua pemacu penyimpanan data di depan Datuk Tong dalam satu pertemuan di Fullerton Hotel pada Februari tahun lalu.



Selain ganti rugi, dia mahu pemacu itu, dikatakan mengandungi maklumat mengenai firma perkhidmatan minyak global PetroSaudi dan 1MDB, rakan kongsi perniagaannya, dikembalikan dan sembarang salinannya dimusnahkan, menurut dokumen mahkamah yang difailkan oleh peguamnya, EncikSuresh Damodara, November lalu.



Encik Tong, yang diwakili peguam Doris Chia, berhujah Justo tidak berhak ke atas barang-barang itu.



Justo, 48 tahun, yang bekerja untuk PetroSaudi International (UK) sebagai pengurus teknologi maklumat hingga April 2011, sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana memeras ugut bekas majikannya itu.



Walaupun dinamakan sebagai defendan dalam saman Justo itu, pemilik yang juga editor Sarawak Report, Cik Clare Rewcastle-Brown, memberitahu akhbar The Straits Times pada Isnin bahawa beliau belum diberi dokumen mahkamah berhubung saman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >