Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Kes sivil niaga: Trump enggan jawab soalan peguam negara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kes sivil niaga: Trump enggan jawab soalan peguam negara

Aug 12, 2022 | 05:30 AM

NEW YORK: Mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, enggan menjawab soalan pejabat peguam negara New York, dalam satu sesi temu bual undang-undang berisiko tinggi yang mungkin boleh menentukan laluan siasatan sivil terhadap amalan perniagaan syarikatnya.

Sejurus soal siasat bermula kelmarin, pejabat Encik Trump mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menggunakan hak Pindaan Kelima terhadap tuduhan ke atasnya, menjelaskan bahawa beliau "enggan menjawab soalan di bawah hak dan keistimewaan yang diberi kepada setiap warga di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat".

Encik Trump menjawab hanya satu soalan, mengenai namanya, semasa permulaan temu bual itu, ujar seorang peguamnya, Encik Ronald Fischetti. Kemudian, Encik Trump membaca kenyataan yang menuduh peguam negara, Cik Letitia James, yang duduk di hadapannya, telah "berkempen secara terbuka atas alasan mahu membinasakan saya".

Cik James kelihatan tidak menunjukkan reaksi.

Selepas itu, Encik Trump mengulangi kekata "jawapan sama" dari kira-kira 9.30 pagi hingga 3 petang, dengan beberapa kali sesi berehat, sedang Cik James bertanya soalan mengenai Trump Organisation.

Sejak Mac 2019, pejabat Cik James telah menyiasat sama ada Encik Trump dan syarikatnya meningkatkan nilai hotel, kelab golf dan aset lain secara tidak wajar. Encik Trump telah lama menolak siasatan Cik James, seorang Demokrat, sebagai usaha memburunya.

Dalam satu kenyataannya kelmarin, Encik Trump menyifatkan siasatan itu sebagai sebahagian konspirasi lebih besar terhadapnya, mengaitkannya dengan serbuan Biro Siasatan Federal (FBI) di Mar-a-Lago, rumahnya dan kelab persendiriannya di Palm Beach, Florida pada Isnin lalu.

"Saya pernah bertanya, 'Jika anda tidak bersalah, mengapa anda menggunakan hak Pindaan Kelima? Sekarang saya tahu jawapan kepada soalan itu," katanya dalam kenyataan itu.

Encik Trump berkata beliau menjadi sasaran peguam, pendakwa raya dan media berita, dan itu menyebabkan beliau "tiada pilihan". Namun ada sebab lain Encik Trump mungkin memutuskan untuk tidak menjawab soalan.

Walaupun siasatan Cik James adalah sivil dan beliau tidak boleh memfailkan dakwaan jenayah terhadap mantan presiden itu, pejabat peguam daerah Manhattan telah menjalankan siasatan jenayah selari sama ada Encik Trump secara tidak sah menaikkan penilaian hartanya.

Sebarang kesilapan langkah oleh Encik Trump boleh memberi nafas baru kepada siasatan itu. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3