Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kes wanita S’pura jadi mangsa langgar lari di Amerika: Mahasiswa Universiti Buffalo ditangkap

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kes wanita S’pura jadi mangsa langgar lari di Amerika: Mahasiswa Universiti Buffalo ditangkap

Nov 17, 2018 | 02:10 PM

 

SINGAPURA: Polis di Universiti Buffalo (UB) di New York, Amerika Syarikat telah menangkap seorang wanita pada Jumaat (16 November) berhubung kemalangan langgar lari pada 1 November, yang menyebabkan seorang warga Singapura cedera teruk.

UB, dalam kenyataannya pada 16 November, berkata Hannah M. Christensen, mahasiswa berusia 20 tahun di universiti itu, telah dikenakan tuduhan meninggalkan tempat kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius tanpa melaporkannya.

Christensen berasal dari New York, dan menetap di apartmen di luar kampus di kawasan Buffalo.

Beliau didakwa memandu Honda Civic 2005 yang melanggar Cik Renuka Ramanadhan, warga Singapura berusia 20 tahun yang turut menuntut di UB, sekitar 10 malam, pada 1 November.

Pada ketika itu, Cik Renuka sedang menyeberang jalan raya di depan Hadley Village Apartments, yang didiaminya, yang terletak di Kampus Utara universiti itu.

Kemalangan itu menyebabkan Cik Renuka tidak sedar diri dan memerlukan pembedahan kecemasan. Menurut laporan media WKBW dari Buffalo, polis berkata Cik Renuka telah mengalami kecederaan pinggul, lengan patah dan kerosakan otak yang teruk.

Christensen dikenal pasti sebagai suspek selepas seorang kenalannya mendapat tahu beliau telah melanggar sesuatu di kampus dan turut menyaksikan laporan berita tentang kejadian itu.

Menurut UB, Christensen bekerjasama dengan rela semasa siasatan polis.

Tambah UB, universiti itu mempunyai proses kehakiman sendiri bagi menangani pencerobohan Kod Tatalaku Pelajar dan jika didapati bersalah, Christensen boleh dikenakan beberapa hukuman termasuk probesyen, penggantungan jangka panjang atau dibuang dari universiti.

Namun, kata UB, undang-undang keperibadian federal yang melindungi rekod akademik pelajar menyekatnya daripada memberi sebarang komen lanjut tentang tindakan disiplin yang melibatkan Christensen.

Kenyataan UB itu juga berkata tuduhan ke atas Christensen dianggap kesalahan Kelas E. Menurut beberapa laman web di New York, kesalahan jenis itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga empat tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3