Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kesalahan kecil, kata lelaki Australia dituduh laku seks dengan budak di Bali

Jun 24, 2016 | 10:42 AM



DENPASAR: Robert Andrew Fiddell Ellis, seorang warga Australia berumur 70 tahun, muncul di mahkamah Bali pada Khamis (23 Jun) berhubung rentetan kesalahan penderaan seksual kanak-kanak.



Ellis, yang telah bertahun tinggal di Bali, ditangkap pada 11 Jan semasa pulang bersama dua kanak-kanak ke rumah sewanya di Tabanan, sebuah bandar di tengah Bali, menurut akhbar Sydney Morning Herald.



Dia dituduh melakukan penderaan seksual ke atas sekurang-kurangnya 15 budak perempuan berusia antara tujuh dan 17 tahun di pulau itu.



Empat daripada mereka, semua kanak-kanak jalanan, mendakwa Ellis menjebak mereka dengan wang, mainan dan pakaian ke rumahnya.



Kanak-kanak itu memberitahu polis dia mencabul mereka dalam bilik mandi, lapor laman news.com.au.



Ellis ditangkap selepas sebuah badan amal yang curiga mengenai lawatannya yang kerap memberitahu polis.



Bercakap kepada media dari bilik tahanannya di Pejabat Peguam Daerah Denpasar bulan lalu, Ellis berkata dia berharap "orang munasabah dan tiada ada orang melihat kesalahan kecil sebagai kesalahan besar".



Dia dipercayai menjadi sebahagian daripada satu sindiket pedofilia (hubungan seks dengan kanak-kanak) antarabangsa.



Ellis dijangka didakwa mengancam, memaksa, memujuk atau menipu kanak-kanak untuk melakukan perbuatan lucah, dan menghadapi hukuman penjara 15 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >