Kesatuan Afrika: Donald Trump perlu meminta maaf kerana kata-katanya

 

 

Pertubuhan yang mewakili negara Afrika telah menuntut agar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memohon maaf selepas beliau dilaporkan menggunakan istilah ‘lubang jamban’ untuk menggelar negara di benua itu.

Wakil kesatuan itu di Washington DC berkata ia ‘terkejut, kecewa dan amat marah’ dan berkata Encik Trump salah faham terhadap warga Afrika.

Encik Trump difahami meluahkan kekata itu di mesyuarat tentang imigresen pada Khamis lalu.

Namu Encik Trump telah menafikan menggunakan perkataan itu, seperti yang dilaporkan.

Pada 12 Januari, Encik Trump menulis di akaun Twitter bahawa bahasa yang digunakannya di mesyuarat privet untuk membincangkan undang-undang imigresen adalah ‘lasak’.

Namun, tambah Encik Trump, kata-kata itu ‘bukanlah bahasa yang digunakan’ beliau.

Meskipun begitu, Kesatuan Afrika berkata hujah Encik Trump ‘mengkhianati hormat dan prinsip Amerika bagi kepelbagaian dan maruah manusia’.

Tambahnya: “Sedang kami meluahkan perasaan terkejut, kecewa dan amat marah, Kesatuan Afrika percaya bahawa pentadbiran Amerika salah faham besar tentang benua Afrika dan warganya”.

“Ada keperluan mendesak untuk Pentadbiran Amerika dan negara Afrika mengadakan dialog,” katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:44
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.