Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kesatuan Eropah setuju laksana sekatan baru atas Russia

Turut setuju bekal lebih banyak senjata kepada Ukraine
Sep 23, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Para menteri Kesatuan Eropah bersetuju untuk melaksanakan sekatan baru ke atas Russia semasa satu pertemuan tidak rasmi kelmarin, menurut ketua dasar luar blok itu, beberapa jam selepas Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengarahkan pengerahan tenaga yang pertama sejak Perang Dunia Kedua.



Bercakap kepada pemberita di New York, Ketua Dasar Luar, Kesatuan Eropah, Encik Josep Borrell berkata, 27 negeri telah membuat keputusan politik bagi melaksanakan langkah-langkah tekanan di bidang baru dan ke atas individu.



Para menteri juga bersetuju untuk membekalkan lebih banyak senjata kepada Ukraine.



Perdana Menteri British, Cik Liz Truss, berikrar kelmarin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk mengekalkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine sehingga ia berjaya mengatasi Russia.



Cik Truss adalah pemimpin Barat terkini di UNGA yang berlangsung di New York yang mengecam Encik Putin, yang beberapa jam sebelumnya mengerahkan askar simpanan yang memberi isyarat jelas beliau tidak terburu-buru untuk menamatkan konflik.



Langkah Encik Putin, katanya, menggambarkan "kegagalan sangat besar" Russia dalam pencerobohan ke atas negara jiran, dan memperkukuhkan lagi iltizam sekutu Barat dalam menyokong Kyiv.



"Kami tidak akan berehat sehingga Ukraine berjaya," kata Cik Truss di UNGA, yang merupakan lawatan sulungnya sejak menyandang jawatan perdana menteri, dan menyatakan "senjata baru UK (United Kingdom) telah tiba semasa saya bercakap ini".



"Pada ketika yang genting dalam konflik ini, saya berikrar, kami akan mengekalkan atau mempertingkat sokongan ketenteraan untuk Ukraine selama mana yang perlu," ujarnya.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, di UNGA pula menyifatkan Russia melanggar peraturan antarabangsa 'tanpa rasa malu' apabila menceroboh Ukraine.



Kenyataan itu dibuat ketika beliau menyatakan komitmen menyalurkan lebih banyak bantuan makanan dan menyokong pertambahan kerusi dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk negara membangun.



Encik Biden dilihat cuba memancing sokongan dunia dalam ucapannya di UNGA, beberapa jam selepas Encik Putin mengerah pasukan simpanan tentera untuk bertempur di Ukraine, yang didakwa Barat sebagai langkah terdesak Kremlin.



"Russia melanggar rukun asas Piagam PBB tanpa rasa malu. Biar kita berbicara secara berterus terang. Anggota tetap UNSC menceroboh jirannya, cuba menghapuskan negara berdaulat ini daripada peta," kata Encik Biden di Perhimpunan Agung PBB Ke-77 di sini.



Selepas mengecam Russia secara terus terang, ucapan Encik Biden tertumpu pada negara-negara membangun, dengan kemarahan mula timbul terhadap perbelanjaan besar-besaran Barat untuk menyumbang senjata kepada Ukraine.



Dalam hal ini, Encik Biden mengumumkan suntikan dana tambahan berjumlah AS$2.9 bilion ($4.11 bilion) bagi mengatasi isu keselamatan makanan sejagat yang semakin buruk sejak pencerobohan Ukraine, negara pengeksport bijian utama dunia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >