Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketetapan masuk Malaysia: Perlu dapat pengesahan sijil vaksinasi dari pihak berkuasa

Sep 05, 2021 | 04:59 PM



JOHOR BAHRU: Pengunjung yang ingin memasuki Malaysia, baik warga negara ataupun bukan yang sudah mendapat vaksinasi lengkap di luar negara perlu membuat laporan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan sijil vaksinasi yang disahkan dan diiktiraf menerusi aplikasi MySejahtera.



Menteri Sains, Teknolgi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tindakan tersebut bagi membolehkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Negara (CPRC) mengesahkan ketulenan sijil vaksinasi antarabangsa serta jenis vaksin yang diterima.



“Bagi mereka yang mendapat suntikan di luar negara seperti Singapura yang ingin untuk memasukkan mendapat sijil MySejahtera vaksinasi kita perlukan mereka untuk datang ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk memaklumkan tentang status vaksinasi mereka yang telah lengkap di luar negara.



“PKD akan menerima sijil tersebut untuk disahkan, selepas pengesahan dibuat, Jabatan Kesihatan Negeri akan hantar ke CPRC di Putrajaya (dan) CPRC Pusat akan memaklumkan kepada MySejahtera untuk mengeluarkan sijil dalam aplikasi telefon, itu yang sedang kita laksanakan,” kata Dr Adham.



Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC) di sini pada Ahad (5 September).



Sementara itu, Dr Adham yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata, kerajaan akan meneliti sijil vaksinasi pelancong di pintu masuk antarabangsa Langkawi sebaik pulau peranginan itu dibuka semula di bawah Program Gelembung Pelancongan mulai 16 September ini.



Proses penelitian itu dibuat bagi memudahkan urusan mengesan pelancong yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. - Astro Awani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >