Ketua 1MDB Arul Kanda dipecat kerana mengabaikan tugas

PETALING JAYA: Presiden dan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy Arul Kanda telah dipecat.

Menurut sumber, ini berlaku dua hari sebelum kontraknya sepatutnya berakhir hari ini (30 Jun).

Menurut sumber juga, Encik Arul Kanda tidak akan diberi bonus kontrak.

The Edge melaporkan bahawa beliau dipecat kerana mengabaikan tugasnya.

Kontraknya sepatutnya berakhir Disember lalu tetapi dilanjutkan selama enam bulan pada Januari lalu.

Encik Arul Kanda, 41 tahun, adalah lulusan undang-undang dari Sekolah Ekonomi London (LSE).

Beliau mengambil alih sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1MDB pada 6 Januari 2015. - Agensi berita

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.