PETALING JAYA: Berikutan status di Facebook mengenai dakwaan dokumen bank yang diterbitkan Wall Street Journal adalah palsu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank CIMB Islamic, Encik Badlisyah Abdul Ghani, bakal berdepan dengan siasatan dalaman, jelas Datuk Seri Nazir Razak.
Di laman Instagram, pengerusi kumpulan CIMB itu memuat naik gambar Tan Sri Md Nor Yusof yang sedang melihat sesuatu di telefon bimbitnya bersama CEO Kumpulan CIMB Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz dan Pengerusi CIMB Islamic, Datuk Syed Muhamad Syed Abdul Kadir.