Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Dunia0

Ketua EU: Warga emas perlu diasingkan hingga akhir tahun

Apr 12, 2020 | 12:22 PM

BERLIN: Warga emas mungkin perlu mengasingkan diri sehingga akhir tahun bagi melindungi diri mereka dan selagi tiada vaksin dihasilkan bagi menangani penyakit Covid-19.

Menyatakan demikian, Ketua Kesatuan Eropah (EU), Cik Ursula von der Leyen berkata, tanpa penawar, masyarakat perlu membatas pertemuan mereka dengan warga tua. 

“Saya tahu ia sukar dan pengasingan itu sememangnya satu beban, tetapi ini membabitkan soal hidup atau mati. Kita perlu terus berdisiplin dan bersabar. Kanak-kanak dan orang muda boleh menikmati lebih banyak kebebasan bergerak lebih awal berbanding warga emas dan golongan yang mempunyai masalah kesihatan,” katanya dalam laporan akhbar harian Jerman, Bild, hari ini.

Beliau berharap, makmal Eropah akan berjaya menemukan penawar untuk wabak itu menjelang akhir tahun ini.

Ini katanya, bagi memastikan orang ramai dapat diberikan vaksin dengan segera dan pihak berkuasa sudah memulakan perbincangan dengan pengeluar agar penghasilan untuk keperluan dunia dapat dipercepatkan. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian