Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua Hakim Negara M'sia tegaskan "tidak pernah campur tangan" kes mahkamah

Jan 14, 2022 | 09:46 PM



 



PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menegaskan beliau sama sekali tidak mencampuri dan secara peribadi tidak pernah didekati pihak tertentu untuk campur tangan dalam kes mahkamah berprofil tinggi yang masih berlangsung.


Tengku Maimun berkata, beliau percaya bahawa hakim lain juga tidak pernah mengalami pengalaman serupa, dan mengulangi pendirian bahawa semua hakim membuat keputusan berdasarkan keterangan di mahkamah dan tidak boleh lari daripada prinsip teras itu.


"Tiada siapa menghubungi saya, dan tiada siapa hubungi untuk minta pertolongan begitu begini. Saya percaya hakim lain juga begitu.


"Apa yang saya faham daripada ucapan Presiden Majlis Peguam, ada orang menghubunginya. Mungkin ada yang hubungi Badan Kehakiman tetapi saya tidak boleh spekulasi mengenai hakim lain …kalau pun ada sesiapa telefon, apa yang saya katakan kepada mereka bahawa tidak ada apa yang saya boleh lakukan kerana perkara itu sudah ada di mahkamah dan akan diputuskan berdasarkan bukti.


"Memang kita ada dengar melalui televisyen bahawa bekas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah didekati tetapi tiada antara kita yang didekati," katanya.


Tengku Maimun berkata demikian pada sidang akhbar selepas Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman di sini hari ini (14 Jan).


Terdahulu, Presiden Majlis Peguam, AG Kalidas Krishnan dalam ucapannya menyentuh mengenai perutusan khas Tan Sri Muhyiddin tahun lalu sebelum meletakkan jawatan yang mendakwa ada pihak memintanya supaya mencampuri urusan mahkamah tanpa menyebut sebarang nama secara khusus.


AG Kalidas Krishnan dalam ucapannya itu menegaskan bahawa Majlis Peguam sentiasa mempertahankan prinsip kebebasan dan integriti kehakiman dan berpendirian bahawa kehakiman tidak boleh dibiarkan dicemari dan kepentingannya hendaklah dilindungi daripada sebarang campur tangan.


"Mengenai soal kebebasan badan kehakiman, satu kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri dalam ucapan di televisyen pada 4 Ogos 2021 bahawa beliau menerima rayuan daripada individu untuk campur tangan dalam hal mahkamah.


"Adalah menjadi tanggungjawab setiap institusi untuk memastikan tiada siapa yang berada di atas undang-undang, tanpa mengira hubungan politik atau sosial mereka," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >