Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua IMF beri amaran varian Omicron boleh perlahan pertumbuhan sejagat

Dec 04, 2021 | 05:00 PM



WASHINGTON: Dana Kewangan Antarabangsa (IMF)  berkemungkinan menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi sejagatnya berikutan varian baru Covid-19, Omicron, kata ketua pertubuhan dunia itu semasa persidangan Reuters Next pada  Jumaat (3 Dis).

Ini merupakan satu lagi petanda pergolakan yang sentiasa dicetuskan   pandemik itu sejak kemunculannya hampir dua tahun lalu.

Omicron telah menular dengan pantas ke sekurang-kurangnya 40 negara sejak ia kali pertama  dilaporkan di Afrika Selatan baru-baru ini, kata pegawai, dan banyak pemerintah telah mengetatkan peraturan perjalanan untuk cuba menghalangnya.

“Varian baru yang mungkin menular dengan amat pantas boleh menjejas keyakinan, dan dalam erti kata itu, kami berkemungkinan melihat beberapa penurunan unjuran Oktober kami bagi pertumbuhan sejagat,” kata Pengarah Urusan IMF, Cik Kristalina Georgieva, semasa sidang tersebut.





Masih banyak yang tidak diketahui tentang Omicron.

Sebahagian Eropah dan Amerika Syarikat sedang bergelut dengan gelombang jangkitan varian Delta yang lebih diketahui ramai.

 Tekanan baru oleh Omicron itu boleh menjejas lanjut kestabilan ekonomi yang sedang baru pulih daripada sekatan ketat  dan gangguan berkaitan Covid-19.





Ketua saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Soumya Swaminathan, memberitahu persidangan Reuters Next bahawa varian baru yang menular pantas itu perlu menjadi lebih mudah menular  berbanding varian Delta untuk ‘menyainginya’ , dengan varian Delta  kini membentuk  99 peratus daripada penularan semasa.

“Kita perlu bersedia dan berhati-hati, bukan panik, kerana kita berada dalam situasi berbeza berbanding setahun lalu,” katanya.

Pengarah kecemasan WHO, Dr Mike Ryan, pula  berkata tiada bukti vaksin sedia ada perlu diubah suai untuk melawan Omicron.

Beliau berkata pegawai kesihatan perlu berusaha  mendapatkan lebih ramai orang disuntik dengan vaksin yang sedang berada di pasaran. – Reuters.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >