Ketua Menteri Sarawak: Umno masuk, saya keluar
Apr 22, 2016 | 05:30 AM
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, menegaskan bahawa beliau akan meletak jawatan sekiranya Umno masuk ke Sarawak.
"Kami tidak mahu Umno masuk ke Sarawak, saya sudah bercakap dengan Presiden Umno (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), dan Umno tidak akan datang ke Sarawak," ujar Tan Sri Adenan, memetik laporan The Borneo Post.