BRUSSELS: Peranan Britain di Eropah amat penting dalam menentang pengganasam dan penghijrahan tanpa izin secara besar-besaran, kata ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menjelang pungutan suara Britain dalam keanggotaan Kesatuan Eropah (EU) semalam.
Dalam satu temu ramah dengan akhbar The Guardian, Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg, juga memberi amaran satu "Eropah yang berpecah" akan memburukkan "kestabilan dan ketidaktentuan" di rantau itu.