Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua PBB seru henti kasari wanita sedunia

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres semalam menyeru agar keganasan terhadap wanita dihentikan.



Beliau berkata demikian sebagai mukadimah acara Suruhanjaya Status Wanita yang dijangka mempertahan kaum Hawa daripada gangguan seksual.



Dalam tempoh pandemik, golongan wanita didapati lebih terdedah kepada kesan buruk akibat gangguan tersebut berbanding lelaki, misalnya hilang pekerjaan, penderaan seksual dan perkahwinan bawah umur semasa peringkat kanak-kanak.



"Penyertaan setara wanita dalam usaha sebegitu mampu merubah segalanya. Hanya 22 negara dipimpin wanita. Kalau mengikut keadaan sekarang, kesamaan antara pemimpin tidak akan tercapai hingga 2150.



"Ya, lagi 130 tahun lelaki akan memilih keputusan sama seperti 130 tahun lalu dan seterusnya," ujarnya.



Menurut pemimpin PBB itu, pandemik koronavirus "menyediakan peluang bagi lelaki menguasai proses membuat keputusan".



"Kami membelanjakan wang trilion semata-mata hendak mendapatkan senjata, yang gagal menjadikan keadaan lebih selamat, malah mengetepikan keganasan yang dihadapi sepertiga wanita di dunia," ujarnya.



Dalam pada itu, beliau menggesa 193 anggota PBB agar mencorak rancangan tindakan kecemasan menangani keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.



Setiap tahun, Suruhanjaya Status Wanita menghimpunkan ribuan wanita dalam pelbagai acara umpamanya ucapan, pertukaran dan puluhan acara khas. Tahun ini ia berlangsung mulai semalam hingga 26 Mac.



Negara anggotanya kini menghuraikan inti pati dokumen setebal 51 muka surat yang, menurut salinan yang diraih AFP, "yakin bahawa ketidaksamaan jantina terus ditonjolkan dalam keadaan kuasa tidak seimbang antara wanita dengan lelaki".



Ketidaksamaan sebegitu wujud "dalam semua kelompok masyarakat".



Dokumen itu turut meluahkan keprihatinan terhadap keganasan meluas ke atas wanita termasuk pembulian siber, gangguan, pengintaian dan ancaman.



Gangguan secara dalam mahupun luar talian dan penderaan seksual "melanggar hak asasi manusia dan menjadi penghalang penyertaan dan kepimpinan wanita dalam semua cabang kehidupan", tambah dokumen itu. Gangguan sedemikian boleh mencipta persekitaran kurang baik.



Seperti edisi tahun lalu, acara ke-65 kali ini diadakan secara maya ekoran pandemik.



Penceramah tahun ini melibatkan tokoh ternama seperti Naib Presiden Amerika Syarikat baru, Cik Kamala Harris; Menteri Hal Ehwal Kesaksamaan Jantina dari Perancis, Cik Elisabeth Moreno; Naib Menteri Hal Ehwal Berbilang Negara dan Hak Asasi Manusia, Cik Martha Delgado Peralta; dan Pesuruhjaya Eropah bagi Kerjasama Antarabangsa, Cik Jutta Urpilainen dari Finland. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >