Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua Polis M'sia: Jangan ganggu, biar polis teliti siasatan

Jul 20, 2019 | 03:05 PM



HULU SELANGOR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador membidas percubaan segelintir ahli politik yang cuba memberi tekanan kepada beliau dan pasukannya dalam proses siasatan kes penerbitan dan penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Katanya, pelbagai desakan diberikan kepadanya sebelum ini oleh ahli politik danpihak tertentu, malah beliau meminta perbuatan sedemikian dihentikan lapor Berita Harian Malaysia.

"Dari mula lagi saya tekankan bahawa isu ini adalah kes paling banyak membuang masa saya yang sepatutnya sebagai Ketua Polis Negara memastikan anak-anak buah saya menumpukan perhatian pada usaha pembasmian jenayah.

"Tiba-tiba muncul isu yang pada saya tidak sepatutnya wujud. Sensitiviti isu ini begitu tinggi sekali, terutama dalam kalangan ahli politik yang bukan dari kerajaan, begitu juga pelbagai desakan ke atas saya apabila orang ingin tahu tulen atau tidak video itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, tekanan terhadap dirinya itu masih meningkat dan menganggap ia hanya membuang masa.

"Maka, saya menyerulah kepada mereka kalau ingin berpolitik, biarlah di kalangan mereka sendiri sahaja... jangan heret polis sama, jangan sampai menyebabkan orang ramai rasa terbeban.

"Kita (polis) terpaksa berbelanja lebih untuk terbang ke sana-sini (bagi menyiasat isu ini). Jangan buat pakatan jahat. Kes sebegini tidak sepatutnya dibuat oleh orang politik yang matang... sudah setahun lebih pilihan raya berlalu tetapi masih lagi dengan perkara begini," katanya.

Katanya, semua pihak diminta bertenang sehingga keadaan kembali reda danmenyerahkan siasatan kepada polis untuk membuat kerja dengan lebih efisien.

"Siasatan belum selesai dan ada beberapa langkah yang belum diambil. Duit begitu banyak dikeluarkan, orang perlu tahu kenapa ambil masa lama, orang awam tidak faham. Kita mahu siasat siapa yang bertanggungjawab dan tidak mahu tersilap dalam tindakan.

"Nasihat saya pada ahli politik, jangan bawa perkara ini ke depan kerana ia akan menyusahkan orang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >