Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua Polis M'sia: Video seks sejenis disahkan tulen

Pelaku dalam video bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti
Jul 19, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia mengesahkan video seks gay yang dikatakan melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tulen, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.



Beliau, bagaimanapun, berkata agensi itu tidak dapat mengenal pasti dua lelaki dalam rakaman tersebut. CyberSecurity Malaysia ialah pusat kepakaran keselamatan siber nasional yang turut menyediakan bantuan penyiasatan forensik.



"Video itu dan siapa orang dalamnya bukan dalam bidang kuasa saya. Jadi kami menghantarnya ke CyberSecurity untuk menentukan apakah video itu tulen dan apakah CyberSecurity dapat menentukan siapa berada di dalamnya.



"Jawapan yang kami terima... mereka kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan 100 peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video)," katanya kepada penyiar negara RTM dalam rancangan Bicara Politikonomi malam kelmarin.



Datuk Hamid juga berkata beliau tidak boleh memandai-mandai membuat kenyataan berdasarkan dapatan itu kerana ia akan dikenakan prosiding mahkamah sekiranya perkara tersebut dibawa ke muka pengadilan.



Apabila ditanya mengenai ketulenan video itu pada satu majlis di Wisma Pertahanan semalam, Datuk Hamid berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu kelak.



Sembilan orang ditangkap minggu ini berkaitan klip video itu.



Mereka termasuk bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mendakwa beliau dan Datuk Azmin merupakan dua lelaki dalam video tersebut, dan ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang juga setiausaha politik presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Datuk Azmin, tmbalan presiden PKR, menafikan dakwaan Haziq dan mendakwa ia satu konspirasi "orang dalam' partinya untuk menjatuhkannya.



Sementara itu, kenyataan Datuk Anwar bahawa Datuk Azmin harus meletak jawatan Kabinetnya jika klip video itu terbukti sahih, mendapat kritikan 28 pemimpin parti itu.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, mereka berkata kenyataan Datuk Anwar kelmarin "tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata".



"Presiden sewajarnya memberikan kepimpinan yang jelas mengenai persoalan utama untuk membanteras komplot politik jahat bagi menjatuhkan YB Datuk Seri Mohamed Azmin.



"Beliau juga harus fokus kepada perlakuan jenayah konspirator yang telah secara terancang menularkan video seks yang jijik dengan niat jahat," kata ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen (AP) PKR itu.



Mereka menggesa Datuk Anwar, yang dijanji jawatan perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamed, berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan dalam parti.



"Kami akan bersama YB Dato' Seri Mohamed Azmin dan mana- mana pimpinan lain sekiranya mereka diserang dengan cara yang tidak bermoral seperti ini.



"Kami menggesa YB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden KEADILAN untuk berhenti dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecah belah kesatuan parti," ujar mereka.



Mereka juga mengingatkan Datuk Anwar kepemimpinan PKR pernah mempertahankan beliau daripada fitnah.



"Presiden wajar menyorot kembali asas perjuangan reformasi di mana seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh mempertahankan beliau dari fitnah jahat yang menggunakan fitnah dan video seks sebagai alat politik biarpun pada tahun 2011, ketika itu Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa video seks tersebut adalah tulen.



"YB Dato' Seri Mohamed Azmin secara konsisten telah mempertahankan beliau dan keluarganya selama lebih 20 tahun daripada semua tuduhan 'gutter politics'," kata mereka.



Mendahului senarai 28 orang itu ialah empat naib presiden PKR - Cik Zuraida Kamaruddin, Encik Tian Chua, Encik Ali Biju dan Dr Xavier Jayakumar. Yang lain termasuk ketua sayap Wanita PKR, Cik Haniza Talha, dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.



Dalam responsnya kepada kenyataan Datuk Anwar bahawa beliau perlu meletak jawatan jika klip video itu sahih, Datuk Azmin berkata Datuk Anwar harus muhasabah dan mencermin diri.



Datuk Anwar berseloroh ketika mengulas kenyataan Datuk Azmin itu dengan berkata: "Saya ada lihat cermin pagi ini."



Beliau menambah Datuk Azmin mungkin tidak membaca kenyataannya secara menyeluruh.



"Saya rasa tidak adil kerana mungkin beliau tidak membaca teks penuh dan wartawan hanya ajukan soalan manakala beliau memberi respon.



"Anda tidak perlu mengeksploitasi kenyataan (Datuk Azmin). Saya tidak kecewa tapi saya rasa beliau perlu baca keseluruhan teks dan konteks," katanya. - The Star, BHM, NST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >